SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan terhadap premis pusat hiburan di kawasan pentadbirannya supaya tidak menggaji pekerja Islam.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, MPSJ hanya mengeluarkan surat peringatan kepada pemilik premis agar menghormati permintaan kerajaan negeri supaya tidak menggaji pekerja Islam di pusat hiburan mereka.
“Sebelum ini memang tak ada sebarang larangan dibuat, tapi hanya surat yang mengingatkan supaya tak mengambil pekerja Islam.
Katanya, di Subang Jaya, terdapat 170 premis menjual minuman keras dan hanya 13 premis menggaji pekerja Islam.
“Kami cuma ingatkan supaya tak ada orang Islam terlibat dalam penjualan minuman keras, tapi di kalangan tukang cuci ada juga pekerja Islam,” katanya.
“Garis panduan dan peringatan itu sebagai nasihat kepada pemilik premis hiburan yang beroperasi di Selangor supaya menghormati permintaan kerajaan negeri untuk tidak mengambil pekerja di kalangan orang Islam.
“Kami sedang dalam kajian sejauh mana garis panduan dan peringatan ini dapat dilaksanakan dengan memberi kesan positif kepada semua pihak termasuk orang bukan Islam,” katanya.Kerajaan Negeri juga menyerahkan isu pekerja Islam menyajikan minuman keras kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana ia bukan bidang kuasa PBT
Sumber, Sinar Harian Online
1 comments:
selangor diprintah olih dap - dap bukan islam tak kan itu pun tak tau...kah...jkah..kah
Post a Comment