Apabila PAS mengumumkan calon yang akan bertanding untuk kerusi DUN Tenang adalah seorang wanita bernama Normala Sudirman, membuatkan Blogmaster teringat kepada Mala TV3…
Baiklah kita tutup bab Mala TV3..! Mari kita cuba selami strategi PAS yang mempertaruhkan calon wanita untuk PRK kali ini.
Adakah keputusan ini dilihat sebagai satu helah untuk menjadikan kekalahan mereka nanti sebagai sesuatu yang sudah dijangka kerana pilihan calon boleh juga kita tafsirkan sebagai suatu kejutan..? Atau pun mungkin inilah satu tindakan seperti “last card to throw” apabila PAS menyedari calon lelaki mereka tidak ada kemampuan untuk menggugat mana mana calon UMNO yang PAS menganggap negeri Johor sebagai lubuk kekuatan UMNO..? Maka oleh itu dengan mempertaruhkan seorang calon wanita akan menguasai “segmentasi” porla undi simpati lebih lebih lagi dari kaum hawa..??Nama Mazlan Aliman yang disebut sebut sebagai salah seorang calon favourite sebelum ini tidak diumumkan… Keputusan tidak menamakan Mazlan sebenarnya satu signal jelas bahawa PAS tidak yakin dengan kemenangan mereka merampas kerus DUN Tenang daripada UMNO. Maka, sudah tentulah PAS tidak mahu Mazlan Aliman terpalit dengan rekod kekalahan…
Disuatu sudut yang lain pula, UMNO tidak seharusnya mengikut rentak permainan PAS. UMNO harus bijak dalam membuat keputusan yang akhirnya nanti disambut dengan pengumuman kemenangan sekaligus mengekalkan kerusi Dun Tenang. YAB Perdana Menteri sewaktu berucap di Konvensyen BN baru baru ini beliau sebut bahawa beliau mahukan “winnable candidate…”
0 comments:
Post a Comment