Matlamat menghalalkan cara..!!PAS Selangor pentingkan nikmat kuasa sehingga alpa dan lupa tanggungjawab sebenar yang paling asas wadah parti mereka sendiri... Walaupun negeri Selangor dihujani satu per satu kontrovesi semenjak Pakatan mengambil alih kerajaan, namun tidak sedikit pun kesedaran dikalangan pimpinan serta penyokong mereka bahawa mereka sedang ditunggang oleh DAP.
Semata mata mahu kekal berkuasa dan mahu turut serta dalam mimpi yang sama dengan Anwar Ibrahim menuju Putrajaya, maka PAS Selangor tergamak menjadi pencacai..., tukang basuh berak DAP dan PKR.
Terkini..., kenyataan angkuh Ronnie Liu mahukan tidak ada larangan buat mana mana orang beragama islam bekerja di premis yang menjual arak, ini jelas jauh menyimpang dari modal ceramah pimpinan PAS sebelum bulan Mac 2008. Jangan lupa..? PAS berjanji akan menutup kilang arak terbesar yang terletak di Sungai Way, kilang Anchor Beer dan sebuah lagi di Shah Alam, kilang Carlsberg sekiranya mereka dapat memerintah negeri Selangor.
Betapa bangsatnya pimpinan PAS lidah bercabang..! Kini mereka berdolak dalih bukan sahaja tidak berani menutup kilang kilang arak tersebut, tetapi hanya sekadar mampu mencadangkan untuk dipindahkan ke lokasi yang baru, dimana akan melibatkan bayaran pampasan berbilion ringgit.., duit siapa..?? Duit rakyat Selangor yang membayar cukai..!
Ujian pertama dua tahun dulu pun PAS gagal teruk! Hasrat Dr Hassan Ali mengarahkan beberapa Ahli Majlis PAS disetiap daerah membawa usul sekatan jualan arak di Selangor tidak berjaya..., malah difahamkan langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Majlis.
Tambah parah, dalam satu insiden pihak MBSA merampas minuman keras yang dijual secara terbuka disebuah 7 - 11 di Shah Alam telah membuatkan Ronnie Liu naik angin, akhirnya kesemua minuman keras itu dipulangkan atas arahan tegas Ronnie.... Dalam isu ini, Hassan Ali setuju untuk basuh berak Ronnie..!!
PAS Selangor setelah mencuci mata melihat bentuk badan Yb Teo Nie Ching yang memakai t shirt ketat bersama sama Senamrobik menyambut Maal Hijrah..., kita boleh menjangkakan PAS akan tunduk dan terus terusan bersetuju jadi tukang basuh berak DAP..!
SHAH ALAM 14 Jan. - Tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak adalah tidak wajar.
Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, semua pihak sepatutnya menghormati undang-undang negara dan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
"Majoriti rakyat di negara ini adalah umat Islam dan semua pihak perlu menghormati ajaran agama suci itu yang melarang umatnya daripada terlibat dengan penjualan arak.
"Perlembagaan Persekutuan juga jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi dan perkara ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak," katanya kepada Utusan Malaysia.
Baca selanjutnya [Utusan Online], klik sini
1 comments:
ITULAH PETANDA AWAL YANG PAS AKAN TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA.....PAS TELAH DIRENTAP MARUAH DAN HARGA DIRI NYA OLEH ALLAH S.W.T..SAHINGGA PAS DILIHAT SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM YANG AMAT LEMAH,TIADA MARUAH MALAHAN MENJADI PAK TURUT DALAM SEGENAP PERKARA....NAMUN DI DALAM KERENDAHAN MORAL PAS MASIH ADA KESOMBONGAN,RIAK,TAKBUR SERTA TAKSUB YANG MAHA TEBAL DI DALAMNYA...SAHINGGA PEMIMPIN PARTI SUCI INI GAGAL UNTUK MENGGUNAKAN KEWARASAN AKAL MINDA DALAM MENTAFSIR DAN MEMBUAT KEPUTUSAN....ORANG LAIN YANG BERADA DI LUAR TEMPURUNG GELAP PAS DIPANDANG SEBELAH MATA,MALAHAN DITOLAK SECARA TOTAL SEGALA IDEA DAN GAGASAN MESKI PUN IANYA BAIK UNTUK AGAMA DAN NEGARA...MAKA TERBIARLAH PAS BERADA DI DALAM RUANG LINGKUP SEMPIT YANG PENUH KEJUMUDAN SERTA KESOMBONGAN YANG NYATA....SESUNGGUHNYA PAS SUDAH HILANG ARAH,TIADA LAGI AKAR,TIADA LAGI TUNJANG UNTUK PAS BERDIRI....TONGKAT SAKTI PAS TELAH LAMA DILONTARKAN RAKAN SAHINGGA PAS SEMAKIN HARI SEMAKIN HILANG UPAYA...DAN TERAMAT MUSTAHIL UNTUK PAS MENGEMBALIKAN SEMULA HARGA DIRI DAN MARUAH YANG TELAH HILANG ITU.....SESUNGGUHNYA RAKYAT DAN KHALAYAK SENTIASA MEMERHATI DAN MENGKAJI PERLAKUAN DAN AKAL BUDI PEMIMPIN PAS.....HAMBA RAKYAT TELAH ADA BENDA UNTUK DITERJEMAHKAN PADA PRU KE 13 NANTI......KEPADA SELURUH PEMIMPIN PAS SELANGOR..MUNGKIN JANGKA HAYAT ANDA TIDAK LAMA....DAN YANG PASTI KALIAN PASTI TUMBANG DALAM PRU NANTI.......TUNGGULAH SAAT ITU.
Post a Comment