Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Monday, January 10, 2011

Wikileaks BN - MCA, MIC, Gerakan & PPP Di Selangor Sudah Bangkit..??

Wakil daripada Beliawanis MCA Selangor...., beliau akui terlalu banyak kekeliruan yang ditanamkan dalam pemikiran pengundi kaum cina Selangor.

Hujung minggu yang lalu memaksa beberapa pimpinan akar umbi BN di Selangor menghabiskan masa mengikuti sesi RETREAT bagi memantapkan jentera mendepani PRU ke 13 nanti.

Agak menarik juga apabila peserta peserta kursus ini disertai dengan penyertaan yang sangat menggalakan daripada sahabat sahabat parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Sesi soal jawab bersama panel yang membentangkan kertas kerja telah menjadi agak "panas" apabila beberapa isu yang menampakkan kelemahan BN dibincangkan tanpa sebarang sekatan oleh pihak penganjur program..., Syabas!! Tahniah...!!!

Inilah sebenarnya proses pemulihan kepimpinan yang akan menmanfaatkan gerakan kerja kearah memenangi PRU ke 13 dan sekaligus berpeluang untuk merampas kembali kerajaan DAP Selangor yang menggunakan PKR sebagai Menteri Besar dan menunggang PAS sebagai barua kelas atasan!!

Beberapa wakil Bloggers yang hadir memerhati tajuk perbincangan dan pembentangan kertas kerja merasai bahawa Retreat seperti ini harus diperbanyakkan lagi..
Wakil dari Gerakan menyampaikan pandangan beliau lebih kepada mengingatkan barisan kepimpinan jangan mengulangi kesilapan pada PRU ke 12 tahun 2008

Salah seorang panel Pembentang Kertas Kerja hari pertama, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandiah bersama moderator Dato Salamon Selamat

Pengarah JASA, Dato Fuad Hassan juga menyampaikan kertas kerja beliau dengan melontarkan cabaran kepada sahabat sahabat komponen BN untuk kembalikan sokongan pengundi bukan melayu kepada BN pada PRU ke 13 ini...

Yb Senator Ezam Mohd Nor lebih banyak membongkar dimanakah sebenarnya kelemahan PKR. Ramai yang "tersilap pandang" dan menganggap PKR sebagai tunggak kekuatan Pakatan dalam Selangor.

Pimpinan MCA Selangor Datuk Yap turut mewarnai panelis Retreat pada hari kedua dan hari penggulungan pembentangan kertas kerja. Turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor yang baru dilantik, Yb Datuk Zin


Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato Noh Omar menjelaskan situasi terkini BN Selangor. Beliau mengupas isu perlantikan SUK Selangor dengan begitu baik sekali...

0 comments: