Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Saturday, January 1, 2011

Wikileaks PKR - Azmin Ali Arahkan Shamsul Ketot Bawa Safee Sali Masuk AMK, Lantik Safee EXCO Biro Sukan..??

Syabas..!! Sekalung tahniah diucapkan kepada striker skuad Harimau Malaya kita, Mohd Safee Sali.

Anak muda yang memiliki kebolehan membuat rembatan kencang sambil berlari ini sudah menjadi buruan kelab bolasepak luar negara.

Selain Nor Shahrul Idlan yang dikatakan cuba dipikat oleh Sriwijaya FC dan kelab dari Jawa Tengah , kini Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 , Safee Sali pulak cuba dipancing oleh kelab PSPS Pekan Baru dari Liga Super Indonesia .

Kelab terbabit sekarang ini menduduki tempat ke 7 dalam carta liga dan kini mencari penyerang bagi membantu kelab mereka mencabar kejuaraan liga .

Selain PSPS Pekan Baru, dikhabar kelab berpengaruh di Indonesia , Persija juga dikatakan berminat mahu mendapat Safee Sali . Pengurusan Kelab Persija akan tiba di Kuala Lumpur bagi berunding dengan Selangor FA bagi membeli Safee untuk dibawa ke kelab mereka .

Blog Medan Info Kita berpendapat sudah tiba masanya FAM memberikan beberapa pemain Malaysia pendedahan untuk menambahkan kematangan mereka di arena bolasepak dengan menimba pengalaman bermain diluar negara.

30 tahun dahulu, Allahyarham Mokhtar Dahari pernah dilamar kelab kelab profesional dari luar negara tetapi tidak menerima lamaran tersebut....

Apabila Zainal Abidin Hassan berjaya menjadi hero pasukan Malaysia merobek-robek pertahanan Arab Saudi dalam perlawanan pra Piala Dunia dimana skuad Frank Lord berjaya menewaskan Arab dengan 3 - 1, bekas kapten Malaysia itu turut ditawarkan bermain dalam liga profesional negara Arab. Namun Zainal tetap setia mahu bersama liga Malaysia.

Diantara pemain negara yang pernah berhijrah mendapat pengalaman bermain bersama kelab profesional luar negara; Yip Chee Keong [Hong Kong], Dali Omar [Australia], Lim Teong Kim [Jerman]

Sudah tiba masanya pemain bolasepak negara kita berhijrah, lebih ramai lebih bagus kerana mampu mendidik mereka agar menjadi lebih profesional. Sudah tentu nanti pemain pemain ini akan bermain sebaik mungkin at their level best apabila menyarung jersi kebangsaan kerana itulah peluang mereka beraksi untuk tontonan rakyat Malaysia.. Berbanding dengan jika mer3ka terus beraksi dengan liga tempatan.

Untuk baca seterusnya, sila klik sini

5 comments:

Wak Jengkol said...

Sala ziarah pagi..

Ini merupakan satu petanda yang baik untuk pemain bola kita. Sekiranya ada proses jual beli pemain, itu merupakn satu lg tanda bahawa Malaysia mempunyai pemain yang berkualiti..sokong 110%

Anonymous said...

boleh kalau pemain kita nak berhijrah ke luar negara.. tapi kalau setakat indon.. tak payah la... low class... negara kita lebih maju dari mereka..

Medan Info Kita said...

Anonymous said...

boleh kalau pemain kita nak berhijrah ke luar negara.. tapi kalau setakat indon.. tak payah la... low class... negara kita lebih maju dari mereka..

Medan Info Kita,
maksud saya pemain kita pergilah kemana sahaja, asalkan dpt pengalaman yg lebih berlainan dari liga tempatan....

tu la saya beri contoh mcm nama2 spt Yip Chee Keong & Lim Tiong Kim

Anonymous said...

Anonymous said...

boleh kalau pemain kita nak berhijrah ke luar negara.. tapi kalau setakat indon.. tak payah la... low class... negara kita lebih maju dari mereka..

meybe ko ni tak tau lansung perkembangan bola sepak asia tenggara...untuk pengetahuan ko liga super indonesia lebih mencabar berbanding liga mesia...dengan fanatik supporter setiap kelab...campur lagi persaingan lebih besar...aku rasa tak salah kalau player mesia hijrah ke sana..ini dah membuktikan player kita dah mula ada value....ko ni mesti berangan ngan epl je...dah la lalang