Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Tuesday, January 4, 2011

Yb DERHAKA..! Pihak Istana Sahkan Shuhaimi Cuba Pengaruhi Rakyat MEMBENCI Sultan..!!

PENTING...!!! Rakyat Selangor dalam DUN Sri Muda kawasan Parlimen Kota Raja, khususnya yang memahami Rukun Negara, tolong buka minda dan baca petikan dibawah ini, seperenggan kenyataan rasmi dari pihak Istana bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor...;

Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Jelas..? Baiklah, sekarang mari kita singkap kembali petikan tulisan seorang peguam yang pernah membela Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Yb Zulkifli Nordin menjelaskan hukuman yang setimpal dengan kesalahan tersebut....;

Khusus bagi mereka yang mengugut Tuanku Sultan, teman cadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap mereka kerana pada teman perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor tersebut adalah “perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu” yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati. Atau sebagai alternatif hendaklah mereka dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 121 (1B) kerana “merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri” yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu sampai mati didalam penjara.
Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat dinegeri Selangor khususnya melakukan perbuatan derhaka saperti itu. Bagi maksud ini, teman mencadangkan kepada mana-mana individu rakyat Selangor supaya segera membuat lapuran polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil;

Kini terbukti bahawa Yb Shuhaimi sudah tersilap langkah..! Sudah masuk hari ke 3 isu ini menjadi topik panas tetapi belum ada seorang pun wakil rakyat di Selangor, samada dari PKR sendiri, atau pun DAP yang berani mempertahankan dan membela Shuhaimi. Nak harapkan PAS...? Jauh panggang dari api. Tidak mustahil dalam hati beberapa pimpinan PAS berkata 'padan muka kau...'

Nah! Maka keseoranganlah ADUN Sri Muda itu..., mana pergi Ketua Cabang Kota Raja..? Ke mana larinya Ketua AMK Kota Raja..?? Dimanakah pula Ketua Wanita Ketua Cabang Kota Raja...???? Tiada seorang pun yang membuat sebarang kenyataan rasmi membela kelakuan seorang PENDERHAKA..!

Sila baca kenyataan rasmi Dato Haji Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, KLIK SINI

2 comments:

ahmad said...

Bukan setakat rakan2nya tidak berani memberi komen atau mempertahankannya malah pihak berkuasa pun tidak berani mengambil tindakan, Menteri KDN pun tidak berani memberi amaran

Panglima Perang Cyber said...

Daulat Tuanku !!!


kita tengok apa akan jadi selepas ini.


rasa mlm ni khalid tentu tak boleh tidur dgn lena.

panas panas panas !