Marilah kita sedekahkan surah Al-fatehah buat bekas ADUN Pulau Tawar Negeri Pahang, Dato Azizan Yaakob yang telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.
Allahyarham telah menghembuskan nafasnya terakhir setelah tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma semenjak pagi 26hb Februari iaitu hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau.
Keluarga Allahyarham telah memindahkan beliau dari Hospital Temerloh ke Hospital Kuala Lumpur setelah keadaannya semakin kritikal. Allahyarham Dato Azizan diserang stroke pada awal subuh Sabtu yang lepas.
Pernah menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia sewaktu kepimpinan Zahid Hamidi, Allahyarham juga aktif dalam dunia Bloggers. Kendalian blog Melayurayadaily.blogspot.com
Blogger Medan Info Kita bersama sama sahabat blogger Gap, Pisau.net, Kerisputera dan Gerakan Timur sempat menziarah Allahyarham di Hospital Temerloh pada Sabtu petang selepas selesai proses penamaan calon.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
UFB - Protes Burger: Muhasabah Buat Ambiga
-
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=wLWngehCvXo[/youtube]
Komen Abu Aqif: *Ha.. Kena dah buku dengan ruas.. Hang jugak yang ajar
protes² ni kan..?*
L...
1 day ago
1 comments:
Al-Fatihah.
http://fetyayu.com/al-fatihah-takziah-untuk-keluarga-dato-azizan-yaakob/
Post a Comment