Sunday, February 13, 2011

Al Fatehah Buat Datuk Zaharudin Abu Kassim

Adun BN Kerdau dalam Parlimen Kuala Krau, Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah meninggal dunia jam 6.30 petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Sebelum ini, Datuk Zaharudin Abu Kassim pernah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada tahun lalu.

Allahyarham menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Jenazah beliau diberitakan akan dikebumikan pada pagi ini uk Zdi Kuala Krau. Semoga Allah menempatkan roh beliau disisi para solihin amin...

No comments: