Wednesday, February 9, 2011

Dato Azeez Kelab Putera 1 Malaysia Selamat Tiba Dari Jeddah – Cairo Bersama 1,426 Pelajar

Alhamdulillah…., sekitar jam 11.15 pagi tadi, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Haji Abd Azeez Abd Rahim selamat pulang ke tanahair.

Beliau bersama sukarelawan sukarelewan Kelab Putera 1 Malaysia tiba bersama 1,426 pelajar pelajar yang terbang dari Jeddah setelah dibawa keluar dari Mesir.

Membuktikan janji janjinya, Dato Azeez mengesahkan beliau adalah orang yang terakhir meninggal Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo malam kelmarin. Malah beliau berangkat ke Jeddah dengan menaiki C130 TUDM.

Syabas Dato Azeez…!!

p/s; Blog Medan Info Kita ada cerita cerita menarik disebalik Misi Khas ke Mesir dalam Ops Pyramid membawa keluar pelajar pelajar Malaysia dari bumi Mesir. Kisah pahit getir yang dilalui oleh sahabat sahabat media, sukarelawan, Datuk Kamaruddin Meranun dan Dato Azeez sendiri…, tunggu..!

Sementara itu, saksikan gambar gambar yang dirakam sewaktu ketibaan pelajar pelajar yang pulang dalam pesawat yang sama dengan Dato Azeez pagi tadi;
Seorang ibu tidak dapat menahan perasan gembiranya apabila dapat mendakap anaknya yang selamat pulang ke tanahair air atas usaha kerajaan...


Keluarga tersayang dan saudara mara serta sahabat handai menanti penuh debar kepulangan pelajar pelajar kita yang berjaya dibawa keluar dari Mesir

Sukarelawan sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia...., banyak pengalaman pahit dan manis sewaktu menjalankan operasi di Cairo...

1 comment:

Anonymous said...

thumb 10+++++