Tergesa gesa.., tergesa tergesa..
Demi negara! Jam 11.45 pagi tadi Blogmaster terima panggilan telefon dari Datuk Azeez Rahim (Kelab Putra Malaysia) yang juga Ahli MT UMNO. Beliau mempelawa sertai misi khas ini dan perlu berangkat segera..
Rombongan ini yang diketuai Datuk Azeez sendiri dan disertai para medic, wartawan, bloggers dan sukarelawan Kelab Putra UMNO Malaysia.
Sekarang kami berada dalam sesi taklimat dan sidang media oleh Datuk Azeez dan Dato Jamil Khir Baharom di Bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa LCCT.
Misi kami untuk menghantar bekalan makanan dan menguruskan membawa pulang 11, 300 pelajar Malaysia yang terkandas disana.
Buat sementara ini Blog Medan Info Kita terpaksa menghentikan laporan Post Mortem PRK DUN Tenang.. mahu tumpukan kepada laporan dari Mesir.
Insya allah mudah mudahan boleh dapat talian internet kerana difahamkan disana semua laluan internet masih disekat.
Doakan keselamatan kami disana..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
UFB - Protes Burger: Muhasabah Buat Ambiga
-
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=wLWngehCvXo[/youtube]
Komen Abu Aqif: *Ha.. Kena dah buku dengan ruas.. Hang jugak yang ajar
protes² ni kan..?*
L...
1 day ago
6 comments:
Salam Perjuangan
Insya Allah, semoga tuan2 semua selamat dlm peliharaan Allah di sana pulang membawa anak2 bangsa ke tanah air..
AMEEN!
Saudara,
Salam. Semuga usaha ikhlas saudara dan rakan seperjuangan mendapat keredhaan Allah SWT.
Kami semua mendoakan semuga Allah SWT memudahkan segala urusan.
Jimmy Hillhead
salam,
saya doakan misi ini berjaya. Tahniah dan terima kasih kepada Dato Azeez dan putera 1malaysia yang berterusan membantu manusia yang menjadi mangsa kepada keadaan..penat dari membantu mangsa banjir dibrisbane belum sempat hilang dah nak ke Mesir pula..
salam utk seluruh delegasi
Zaini, Brisbane
jangan update pakai roaming... nnt bil melambung
moga perjalanan misi ini dirahmati allah. amin.
bawa pulang anak anak malaysia di Mesir dengan selamat. doa kami sentiasa mengiringi anda.
salam semua. sebenarnya orang2 JOHOR tidak memerlukan PAS untuk menjadi wakil rakyat meka. malah mekalah yang banyak membawa kemusnahan kepada rakyat johor.marilah kita bermuhasabah diri kita dimana silapnya kita. apakah orang2 BN aje yang bersalah tetapi tidak orang2 pas.apakah memaki hamun dan mengeluarkan fatwa2 cetek itu disuruh dan DITUNTUT dalam ISLAM? janganlah "KUMAN DISEBERANG LAUTAN NAMPAK TAPI GAJAH DIDEPAN MATA TAK NAMPAK" berpijaklah dibumi yang NYATA wahai orang2, penyokong2 dan pemimpin2 PAS. MARilah kita berganding bahu membina AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KEMERCU KEJAYAAN DAN KESELAMATAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT. INSYALLAH. AMIIIINNNNN.
Post a Comment