Monday, February 7, 2011

Blogmaster Medan Info Kita Mohon Berehat Sebentar...

Salam kepada semua sahabat sahabat Bloggers, pembaca yang saya hormati, dan tak lupa kepada pengikut pengikut Blog ini yang banyak memberikan sokongan. Terima kasih atas dokongan anda semua...

Perjalanan pulang lebih 12 jam dari Cairo yang singgah sebentar di Jeddah memang membuatkan Blogmster Medan Info Kita [MIK] rasa keletihan... Namun begitu untuk sajian semua yang menanti khabar berita, hari ini sewaktu YAB Perdana Menteri sedang menyampaikan amanat di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Blog MIK sempat upload dua berita bergambar.

Masih ada lagi kisah kisah menarik disebalik tugasan sahabat sahabat Kelab Putera 1 Malaysia di Cairo.

Tetapi Blogmaster MIK hendak berehat malam ini.... Maklumlah semenjak berangkat ke Cairo lima hari yang lalu, waktu tidur dan rehat sudah agak berkecamuk. Secara jujur, dua hari pertama kami disana, tidak berpeluang untuk berehat..., sekadar tidur tidur ayam bila berpeluang di Cairo Airport.

Jangan lupa juga..., kisah ngeri yang diceritakan oleh Blog MIK, trauma kami kumpulan wartawan Malaysia yang melalui 30 sekatan dan gangguan jalanraya, pengalaman menakutkan ditahan oleh penduduk awam selama dua jam, pasport dirampas... [klik sini]

Tambahan pula di bumi Mesir, waktunya tidak sama dan disana lewat 7 jam dari waktu Malaysia.


Insya allah esok tengahari Blog MIK akan kembali bersiaran menyampaikan lagi corat coret yang menarik dalam penglibatan Misi Pyramid ke Cairo....
[nak adjust and re-tune waktu tidur..., disana kalau ada peluang tidur pun akan lena jam 2 pagi waktu Cairo, bermakna 8 pagi di sini, Malaysia]

1 comment:

Anonymous said...

Bro. lu nak kopi panas? nanti gua minta kopi-boy hantarkan.

"Jangan pegang-pegang....
tidur rengang-rengang...
wuuuuu.." saja nak usik lu bro

Rakyat terus memerhati.