Thursday, February 3, 2011

Delegasi Kelab Putera 1 Malaysia Masih Terkandas Di Cairo International Aiport

Kamera video yang dibawa oleh wartawan Rtm dan Bernama telah ditahan pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo.

Penggunaan kamera sangat sensitif disini..! Kami difahamkan krew TV3 telah ditahan sewaktu cuba membuat liputan dan rakaman demonstrasi pagi tadi.

Sementara itu seramai 314 pelajar pelajar Malaysia ada bersama sama kami disini sedang menunggu proses dokumentasi dan boarding pass.

Kesemua mereka akan menaiki pesawat A130 yang membawa kami subuh tadi. Destinasi mereka akan menuju ke Jeddah untuk ditempat di Kompleks Tabung Haji (Madinatul Hijjaz) Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanahair.

Situasi di airport masih sesak tetapi terkawal.. Waktu tempatan sekarang ini menunjukkan jam 3.30 petang.

Skuad Kelab Putera sedang bertungkus lumus untuk membawa keluar 20 tan bekalan makanan yang akan dibawa terus ke Kedutaan Malaysia di Mesir.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: