Saturday, February 26, 2011

Khabar Dari PRK DUN Kerdau – Berita Bergambar Sekitar Penamaan Calon

Blogger Medan Info Kita tiba di bandar Temerloh sekitar jam 6 pagi tadi..., bergerak agak lewat, maksudnya awal subuh tadi. Walaupun keletihan dan rasa mengantuk namun terpaksa harungi juga kerana tidak mahu terlepas menyertai sesi proses penamaan calon pagi tadi.

Calon UMNO-BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan, Ustaz Syed Ibra’ telah ditemani oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Adnan Yaakup. Beberapa pimpinan utama BN juga turut sama kelihatan berada diperkarangan Dewan Tun Razak Temerloh.

Secara rasminya, Ustaz Syed Ibra’ akan ditentang oleh calon RECYCLE dari PAS, Hassnuddin Salim yang sekali lagi mahu dijadikan Aqiqah oleh parti yang menjadi barua murahan DAP...

Bacaan doa oleh calon UMNO-BN sendiri Ustaz Syed Ibra’. Lulusan Universiti Al Azhar, pernah mengajar di Sekolah Agama Darul Naim Kuala Krau.


No comments: