Friday, February 4, 2011

Live Dari Cairo International Airport Hari Ke 2....

Di Cairo International Airport, jam sekarang menunjukkan pukul 4.45 petang.

Proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk dibawa ke Jeddah masih giat diteruskan walaupun ada pihak yang mahu mensabotaj dengan terus menerus menyebar berita palsu mengenai nasib pelajar pelajar ini sekiranya dibawa ke Jeddah.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom masih menerima sms dari Malaysia yang bertanyakan apakah benar pelajar pelajar akan dibiarkan sahaja di Jeddah sekiranya mereka tidak punyai wang untuk membayar tambang pulang ke tanahair..?

Sehingga waktu laporan ini dibuat, sudah hampir 2,300 pelajar yang telah berjaya dibawa keluar dari bandar Kaherah dimana tahap keamanan disini semakin merisaukan... Para petugas sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia tanpa mengira penat lelah masih bertungkus lumus menguruskan keberangkatan pelajar pelajar ke Jeddah.

“insya allah, menjelang malam ini nanti seramai 3,500 akan berangkat ke Jeddah..” jelas Dato Azeez, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia.

Saksikan Rakaman Petang Ini – Berita Bergambar Hari Ke 2 Blogmaster Di Cairo International Airport;

Salah seorang Sukarelawan, Sdra Hisham [Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor], sedang memeriksa senarai "Passenger Manifest" sebelum proses mendapatkan Boarding Pass untuk pelajar pelajar Malaysia

Terpancar keriangan diwajah anak anak kecil ini untuk pulang ke Malaysia....

Menanti dengan penuh kesabaran...

Kumpulan pelajar pelajar daripada Universiti Al Azhar Mesir.....

Wakil wakil dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] ditenangkan oleh salah seorang Sukarelawan. PMRAM masih tidak yakin dengan semua "arrangment" pihak kerajaan Malaysia yang akan membawa pulang pelajar pelajar kita ke tanahair..... Syabas Sdra Anuwar @ Arab..!!

Petugas petugas dari Kedutaan Besar Malaysia di Mesir membuka "kaunter" menyiapkan senarai nama pelajar pelajar untuk diberikan Boarding Pass... Tahniah..!

Duta Malaysia di Mesir, Dr Mohd Fakhiruddin turun padang.... Beliau mahu pastikan semua proses berjalan lancar.

Datuk Tajuddin Abdul Wahab dari Majlis Keselamatan Negara [MKN]

Dato Seri Shahidan Kassim..., beliau juga tiba di Cairo untuk sama sama membanting tulang memastikan pelajar pelajar Malaysia selamat berangkat secepat mungkin

Ketua Delegasi, Dato Seri Jamil Khir dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay bertanya khabar dengan pelajar pelajar Malaysia yang sedang menunggu giliran mereka menaiki pesawat ke Jeddah...

Dato Azeez memberikan pesanan kepada pelajar pelajar Malaysia yang sedang menuju masuk ke Departure Hall untuk ke Jeddah..

14 comments:

Anonymous said...

Salam bro.
Puasrasanya dapat ikuti laporan langsung keadaan proses pemindahan pelajar dan rakyat kita di Mesir menerusi Lu bro. Terima kasih tak terhingga.

Apa-apa pun, tolong lu juga pastikan dapat rehat yang sewajarnya. Moga Allah swt akan terus kurniakan kesihatan dan kekuatan buat lu berjihad di sana.

Selamat!

tenangsudey said...

sedihnya... bila isu bawa pulagn pelajar Malaysia dipolitikkan oleh blogger.. :(

Mari lihat dan baca Sedihnya Isu Membawa Pulang Pelajar Malaysia di Mesir dipolitikkan

mukapetang said...

Syukurlah kepada Allah dengan izinnya maka kerajaan Barisan Nasional dapat menyelamat rakyat Malaysia yang terkandas di situ.

Arif Jizat said...

One thing in common dalam gambar gambar tu...kebanyakannya kelihatan happy bukan berperasaan tertekan menghadapi rusuhan...apatah lagi tidak menggambarkan perasaan orang orang yang kesempitan makanan, ada rakan dirogol dsb.

Anonymous said...

caya la bebb.....

KL BOYZ said...

Berita yang menarik bro..Salam bro mohon dilink blog hamba disini..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Anonymous said...

walau apa pun...moga Allah melindungi semua pelajar serta warga Malaysia yang lain dari huru hara di Mesir...Asal ikhlas pasti mendapat ganjaran dariNya. Yang dok cemburu dengan usaha murni kerajaan BN....insaflah....bagilah sokongan moral...jangan hanya tahu menangguk di air keruh aje...

Anonymous said...

Kepada tenangsudey, RBF saja nak provoke and perli PAS. Takkan la tak paham. nampak sangat anda baru masuk kali pertama ke RBF. haha.

Aku rasa banyak lagi isu ni dipolitikkan oleh blog pembangkang dan kerjaan. Cuma yang mencuit perhatian adalah RBF. artikel RBF begitu terbaik!

Anonymous said...

mana wakil Pas yang diwarwarkan dihantar ke mesir? hilang dlm demo mesir ke apa?

Sudir said...

Sekalung tahniah juga kepada pilot-pilot..

MALAYSIAN UNITED said...

Salam tuan.. mohon jasa baik tuan untuk link kan blog kami di dalam blog tuan..
www.malaysianutd.blogspot.com
TQ

Naza said...

puak PMRAM tu kalau dok tunjuk jaguh lagi tinggalkan aja....

Anonymous said...

semoga pru 13 umno tumbang...

Anonymous said...

semoga pru 13 umno tumbang...