Sunday, February 20, 2011

MB Kedah Tidak Diundang..?? Tahniah Kepada Datuk K Dan Datuk Siti....

PERMATANG PASIR: Impian anak jati Kampung Permatang Pasir, Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membina masjid bagi kemudahan penduduk setempat akhirnya terlaksana setelah dirasmikan semalam oleh Sultan Kedah Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Mukim Rantau Panjang Kuala Muda itu menelan belanja hampir RM2 juta dimulakan pembinaannya pada 1 Disember 2009 dan siap sepenuhnya pada 2 Ogos tahun lalu.

Siti Nurhaliza berkata, itu adalah impiannya dan suami sejak awal untuk membantu penduduk dengan menyediakan tempat menunaikan ibadat.

“Kami menubuhkan Yayasan Nurjiwa dan bertanggungjawab membantu golongan memerlukan terutama anak yatim, golongan miskin dan mangsa bencana alam, di samping turut membantu dalam pembangunan agama khususnya pembinaan, baik pulih masjid dan surau terutama kawasan kampung,” katanya, semalam.

Menurutnya, semalam adalah hari bermakna dan gembira kerana impian itu dapat direalisasikan dengan sempurna.

“Saya berharap dengan terbinanya masjid ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk Permatang Pasir dan orang ramai menunaikan ibadat wajib dituntut agama.

“Al-Khalidiah dipilih setelah mendapat pandangan alim ulama di Makkah dan setelah berbincang dengan penduduk baru kita memutuskan untuk menggunakan nama ini,” katanya.

Blog Medan Info Kita - MB Kedah tidak dijemput merasmikan masjid ini kerana beliau sedang sibuk dalam sebuah program menerima borang keahlian PAS dari salah seorang artis, Bob Lokman. ....? Sila klik sini

14 comments:

Laksamana Bentan said...

Datuk K dan CT adalah contoh anak2 Malaysia yang tahu memainkan peranan setelah berjaya mendapat rezeki Allah di bumi tercinta ini.

Mereka tak perlu cakap banyak menyokong kerajaan, tatapi terus usaha murni dengan ikhlas dan rakyat bijak membuat penilaian malah akan mengambilnya dijadikan contoh ikutan.

Hati Riang said...

Assalamualaikum...
saya nak buat sedikit pembetulan tentang ayat ini...,"Siti Nurhaliza berkata, itu adalah impiannya dan suami sejak awal untuk membantu penduduk dengan menyediakan tempat menunaikan ibadat". sepatutnya ayat itu mcm ni,"Siti Nurhaliza berkata, itu adalah impiannya dan suami sejak awal untuk membantu penduduk dengan menyediakan tempat menunaikan ibadat DENGAN LEBIH SELESA". Maklumlah, masjid yg lama itu agak "uzur", dengan bocr sana sini, ketiadaan bilik air yg sempurna dan lain2. Sekarang kami dapat beribadat dengan lebih selesa. TGerima Kasih NURJIWA!!!.

Hati Riang said...

Assalamualaikum...
saya nak buat sedikit pembetulan tentang ayat ini...,"Siti Nurhaliza berkata, itu adalah impiannya dan suami sejak awal untuk membantu penduduk dengan menyediakan tempat menunaikan ibadat". sepatutnya ayat itu mcm ni,"Siti Nurhaliza berkata, itu adalah impiannya dan suami sejak awal untuk membantu penduduk dengan menyediakan tempat menunaikan ibadat DENGAN LEBIH SELESA". Maklumlah, masjid yg lama itu agak "uzur", dengan bocr sana sini, ketiadaan bilik air yg sempurna dan lain2. Sekarang kami dapat beribadat dengan lebih selesa. Terima Kasih NURJIWA!!!.

Anonymous said...

nasib baik ada datuk K, ada jg masjid baru naik kat kedah... kalu nak harap kerajaan PR hari ni, disko ngan pusat judi ada la..

Anonymous said...

MB Kedah bukan jenis mai turun Rasmi or tgok mjlis perasmian la...puok2 umno mmg la trun time rasmi.. pastu hampeh... kmpung teman masjid baru rasmi MB x trun pun... ada teman kisah...

aimi said...

sibuk terima borang keahlian ke atau mmg x diundang. bkn ke datuk k 2 org umno, mana nak diundang nya amb kedah tu..

Anak Klate. said...

Kita pakat pakat gi tengok Bob ceramoh pulak kerano itu periok nasiknya lepas ni, Bob suka tengok kotak kotak derma bertaburan diatas jalan, sebahagian daripadanya akan menjadi milik dia. Kito tengok Bob gletek puak2 ni dengan sindir2 lucah kerana demo ni memang suka dengan perkaro2 lucah tu. Tengoklah adun2nya hahaha,.

the1 said...

kononnya.... dengan ketiadaan keahlian sebuah parti politik mudah ker dk & dct ke syurga?

kononnya.... mereka tetap di anggap jahil selagi tidak mengundi sebuah parti politik

kononnya....

Kamal Sanusi said...

MB Kedah bukannya jenis org muka tebal mcm muka org umno. Dah tak dijemput, maka beliau tak hadir laaa. Org umno, tak dijemput pun terhegeh-hegeh pergi.

Mcm kenduri kawin la, klu tak dijemput, maka haram kalau makan kenduri tu melainkan org umno yg halal haram mereka tentukan.

Wakakakakakaka............

Putra kulim said...

Sebagai seorang yang berasal dari kampung Permatang Pasir, saya ingin membuat sedikit pembetulan berkenaan dengan Masjid ini. Sebenarnya Masjid asal yang di bina pada tahuan 1896 itu telah pernah dibuat rinovasi yang agak menyeluruh lebih kurang 10 tahun yang lalu yang biayanya ditanggung oleh Dato Khalid sendiri. Cumanya bilik airnya sahaja yang tidak berapa baik. Kegiatan Agama juga sering ada. Salah seorang pengajarnya ialah seorang tokoh Agama kedaah yang terkenal iaitu Dato Sheik Zakaria

anti bohmau said...

mb kedah nak hadir majlis meresmikan masjid buat apa? mesjid sebijikpun tak pernah bina!!!!

eddi said...

Alhamdulillah, sungguh murni Datuk K dan CT bina masjid, semoga dirahmati dan dimurah rezeki.

Anonymous said...

salam..buat sebuah masjid kecoh masuk paper & internet,dah tak glamor ke datuk siti ni..kerajaan BN dah berlambak buat masjid, tak kecoh2 pn..ingat malaysia ni ko sorang yang punya ke?..alih2 berita datuk berdua ni je..dah kaya raya tu duk diam2 dah la..kecoh la..

Anonymous said...

aku rasa DK&DS tak adalah nak masuk paper tentang perasmian masjid ni cume reporter je yg nak warwarkan tapi good juga reporter ni papar d surat kabar supaya jadi contoh kepada artist yang lain.ni tak baru beli rumah baru buat PC ngan reporter, baru buka saloon dah call semua reporter d mlaysia.DK&DS teruskan usaha murni anda