Monday, February 21, 2011

MELETOP...!! Shamsidar Seorang Betina Jalang..???

Secara terbuka dihadapan ramai hadirin yang membanjiri Arena Square, Batu Gajah, Umi Hafilda telah berjaya meyakinkan mereka siapa sebenarnya makhluk bernama Anwar Ibrahim…

Sesi ceramah umum diadakan malam tadi dimana tumpuan hadirin sudah tentulah mahu mendengar sendiri dari mulut Umi Hafilda yang menyimpan banyak kisah kisah dalam kain keluarga Azmin dan Shamsidar.

Terkejut...! Menggeleng gelengkan kepala…!! Mengucap panjang dan beristighfar….!!!! Demikianlah reaksi beberapa hadirin golongan usia pertengahan atas setelah mendengar “pembongkaran” cerita cerita panas oleh Umi Hafilda.

Terutama sekali apabila Umi menceritakan beliau mendengar sendiri perbualan talipon diantara Anwar dengan Shamsidar dalam rumah Azmin.., intipan secara senyap berlaku pada suatu malam Umi membuat keputusan bermalam dirumah abangnya itu setelah mendapat maklumat dari pembantu rumah, Anwar sering menalipon Shamsidar pada waktu waktu yang tertentu….

Umi juga menceritakan bagaimana beliau membuat serang hendap mengekori Shamsidar dan Anwar pergi ke sebuah kondo mewah Tivoli Villa di Bangsar…, malah beliau berjaya merakam aksi aksi tersebut menerusi kamera video sebagai bukti yang masih berada dalam simpanan…

Setelah kecewa dengan perlakuan Shamsidar yang curang terhadap abang kandungnya, Umi telah meyergah kakak iparnya itu dengan panggilan, “ kau betina sundal…!!”.
Pada awalnya Shamsidar cuba berdolak dalih mahu menafikan tetapi setelah Umi tegaskan beliau ada bukti rakaman pergerakan Shamsidar daripada detik mereka menaiki kereta yang sama membawa Anwar, turun bersama sama melangkah masuk ke kondo dan seterusnya…, isteri Azmin itu terdiam! Agak memeranjatkan sekali apabila Shamsidar dengan angkuh menyatakan kepada Umi, “its none of your business..!!”


Umi bergambar kenang-kenangan bersama tuan rumah majlis ceramah umum malam tadi, Yb Datuk Hamidah Osman, Exco Kerajaan Negeri Perak ADUN Sungai Rapat…..

Rakaman sebelum majlis bermula, dari kiri; Umi, Yb Datuk Hamidah dan seorang lagi penceramah jemputan, Sdra Radhi Mat Lazim bekas Ketua PKR Cabang Baling Kedahn yang pernah menjadi calon bebas PRK DUN Bukit Selambau…
Kata kata aluan pembuka bicara malam tadi oleh Yb Datuk Hamidah. Beliau banyak berpesan kepada warga Sungai Rapat untuk tidak sesekali terpedaya dengan hasutan dan dakyah soongsang Pakatan yang dikepalai oleh Nizar yang menjadi pencacai tegar kepada DAP Perak…

Yb Hamidah mahu warga di Sungai Rapat faham bahawa hanya system pentadbiran kerajaan BN sahaja yang mampu membawa keamanan, kemakmuran dan kejayaan kepada negara kita yang tercinta ini…


Inilah hadirin yang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada cerita cerita panas yang disampaikan oleh Umi malam tadi…


8 comments:

Anonymous said...

Kalau betul dan ada saksi...buat kes polis..dan hadirlah sebagai saksi yg berwibawa.

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Bila Anwar, Azmin, Samsidar maupun Wan Azizah (asal bayi Korea, anak angkat Wan ismail) mau saman Ummi Hafilda atas pendedahan-pendedahan sifat-sifat songsang mereka itu?

Kalau ianya satu fitnah, sudah lama mereka saman Ummi.

Mari kita berfikir bersama

Penditakainsingkat said...

Sdra Anonymous 20:11
Tertuduh sedang dibicarkan. Biarlah mahkamah menjalankan tugas.

Tapi masalahnya tertuduh masih buat bising di luar mahkamah mengajak rakyat menjadi hakim dengan mengenepikan keluhuran perlembagaan.

Umi terpaksa memberi penjelasan kerana tertuduh sendiri menjelajah ke seluruh negara mempolitikkan kesnya yg sedang dibicarakan di mahkamah.

Umi juga ada hak mempertahankan diri dan membersihkan namanya. Umi juga berhak menyerang pihak yang menjatuhkan maruahnya.

Apa ada masalah?

Anonymous said...

bro, target mcm tak sampai sasaran je..hmm..kena kerja kuat lg bro..utusan tak bantu ke iklan???

Anonymous said...

ummi you teruskan niat nak saman
an war dan yang sealiran ngan dia
kalau mereka tak buat saya cabar meraka saman malu to ummi RM1400juta mesti ganda baru bebaloi

Anonymous said...

Ummi-Azmin-Shamsidar bukan orang lain pun. Duduk dalam satu keluarga besar ALI. Adik beradik - beripar.Aku tak pernah dengar CINA di malaysia memalukan keluarganya sendiri.......

Zek said...

Kalau Anwar tidak bercita-cita nak jadi Perdana Menteri siapa pun tak peduli.

Rakyat pun tak kisah.

Sanggupkah kita mempunyai PM yang perangainya begitu rupa yang nabi sendiri tak mengaku ummat?

Anonymous said...

Zek, mahkamah dah jatuhkan Anuar dah bersalah meliwat ke? Kalau belum jangan berani kamu mengata Anuar peliwat kerana termat besar dosa disisi Allah untuk kamu....bagaimana kalau 'kelakuan jijik' itu dipalitkan pada adik beradik kamu atau anak-anak kamu besok besok(lantaran tuduhan itu kemudian terbukti tak benar).Kamu sanggup menanggung?