Wednesday, February 2, 2011

MISI Ke Mesir. Kelab Putra 1 Malaysia Selamat Berangkat...!

Kelab Putera 1 Malaysia telah selamat berangkat ke Cairo untuk misi menyampaikan bekalan makanan dan proses membawa pulang pelajar pelajar Malaysia disana. 20 tan bekalan makanan dibawa bersama delegasi ini.

Dianggarkan seramai 11,000 pelajar pelajar warganegara Malaysia sedang mengalami kesukaran dengan keadaan yang sedang berlaku di negara Mesir.

Menurut Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, seramai 42 sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia akan berlepas dengan menaiki pesawat Air Asia jenis A130. Tiga buah pesawat berangkat serentak setelah terkandas sejak jam 3 petang kerana tidak mendapat “landing rights” dari negara Mesir.

Satu pesawat mengangkut kesemua delegasi misi ini manakala 2 lagi pesawat akan berfungsi disana nanti bagi mengangkut pelajar pelajar Malaysia yang akan dipindahkan dari Mesir ke Jeddah sebelum dibawa pulang. Dijadualkan,kedua dua pesawat pesawat itu nanti akan menyediakan 6 penerbangan setiap hari berulang alik dari Mesir ke Jeddah, sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Delegasi misi ini diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato Seri Jamil Khir Baharom. Turut sama menyertai, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Urusan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail yang akan memastikan tempat penginapan untuk pelajar pelajar yang dipindahkan di Jeddah diselia dengan baik. Delegasi ini juga disertai oleh wartawan, bloggers, para medic dan 3 wakil keluarga pelajar pelajar yang terkandas di Mesir.

Setinggi tinggi penghargaan dipanjatkan kepada pihak Air Asia yang memainkan peranan sangat penting dengan menyediakan 3 buah pesawat bagi melaksanakan misi penting ini. Datuk Kamaruddin Maranom turut hadir sewaktu majlis perlepasan delegasi malam tadi.

Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Azeez mahu ibu bapa pelajar pelajar Malaysia agar tidak panik kerana sasaran misi delegasi ini untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir.

3 comments:

Wake UP! said...

Pemimpin PAS buat apa? Mesti dok tengah sapu bini orang ni.

Celah Gelegar said...

pohon add celahgelegar.blogspot.com, tq

JKKKK Kota Sarang Semut said...

salam bro..kalau ikutkan hati tinggalkan sj budak2 PAS biar mati dikerjakan budak2 demonstrator tu...tp itulah kita ...kita tetap baik hati tak kira apa pun yg trjadi!!!

minta bro tlg lingkkan blog saya TQ

http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/