Saturday, February 12, 2011

Nostalgia Mesir.... Thank You Brother Mun..!!

Blogmaster Medan Info Kita ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Brother Mun... Nama penuh beliau ialah Abdul Khalid Chairul, merupakan Setiausaha Agung Kelab Putera 1 Malaysia.

Mun adalah orang yang menguruskan urusan pasport kami, kumpulan wartawan yang menyertai sukarelawan sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia yang dibawa oleh Dato' Azeez ke Cairo dalam misi khas membawa keluar pelajar pelajar Malaysia ke Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanahair.

Sejak kali pertama bersua wajah dengan Bro Mun, beliau ibarat lipas kudung yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi...

Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo, Bro Mun tidak dilihat berpeluang untuk berehat kerana bilangan pelajar pelajar kita yang terkandas tersangat ramai..., seperti sedang berlangsung satu pesta dibawah khemah khas penempatan sementara yang disediakan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

Tugas berat Bro Mun ialah bertanggungjawab keatas senarai pelajar pelajar yang diseragamkan kepada bentuk passenger manifest untuk rekod pihak Egypt Airport mengeluarkan Blanket Boarding Pass kepada wakil wakil Wisma Putra yang bertungkus lumus mempastikan seramai mungkin pelajar pelajar dapat segera diterbangkan ke Jeddah.

Bro Mun juga ditugaskan mendepani sebarang kekusutan sekiranya ada nama nama pelajar yang tercicir dalam proses akhir sebelum berangkat ke Jeddah.

Sewaktu kami dalam kumpulan wartawan hendak berangkat ke tempat penginapan menaiki van yang disediakan oleh pihak Kedutaan, difahamkan Bro Mun tidak menyertai kami kerana bermalam di Cairo International Airport.

Pengorbanan masa waktu berehat oleh Bro Mun yang bersama sama dengan beberapa sahabat lain dari Kelab Putera 1 Malaysia seperti Hisham, Abang Arab [Anuar], dan Nasir Khan kami sanjung tinggi. Merekalah contoh wira wira negara yang mentafsirkan erti maksud JIHAD...! KLIK SINI

1 comment:

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Mubarak Berundur, Khilafah Akan Kembali

http://ibnuyassir.blogspot.com/