Saturday, February 19, 2011

PENTING...!!! Ayuh Kita Bantu Adik Umairah.... Mohon Jasa Baik Sahabat Bloggers Tolong Siarkan!!

PERNAHKAH KITA SEMUA BERMIMPI UNTUK SEKETIKA BERADA DI TEMPAT ANAK KECIL INI?

PERNAHKAH KITA MEMBAYANGKAN KEPAHITAN YANG BERLAKU…ENTAH SIAPA YANG TAHU?

MUNGKIN JUA NANTI TAKDIR TUHAN MENGUJI KITA UNTUK BERADA DI TEMPAT KANAK-KANAK KECIL INI?

Adik NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI, berusia 1 tahun 1 bulan berasal dari Kampung Padang Kulim, Baling, Kedah kini menanggung satu penderitaan amat dahsyat dengan kepala semakin membesar sejak dilahirkan Januari 2010. Anak kecil yang tidak pernah meminta dilahirkan ke dunia ini dikatakan menghidap penyakit dikenali sebagai Hidrosefalus.

Sejak setahun lalu, ada beberapa pihak yang tampil memberi bantuan dalam meringankan beban keluarga. Bagaimana pun, pihak keluarga masih menemui jalan buntu kerana setakat hari ini masih berharap agar teknologi perubatan sedia ada sekarang mampu merawatnya.

Pihak keluarga ada dimaklumkan terdapat alternatif untuk mengecilkan kepala anak kecil ini melalui dua kaedah iaitu pembedahan atau menggunakan saluran tiub yang ditebuk pada bahagian kepala untuk membuang cecair sedikit demi sedikit.

Oleh yang demikian, saya selaku Presiden Kelab Putera 1Malaysia yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling merayu mana-mana pihak khususnya pakar perubatan atau pihak hospital pakar swasta di Malaysia atau di luar negara untuk tampil ke hadapan membantu anak kecil ini. Saya juga tidak menolak mana-mana pengamal perubatan alternatif untuk tampil membantu. Sila hubungi saya segera jika ada yang ingin tampil membantu.

Saya juga merayu kepada semua agar dapat dihebahkan secara meluas penderitaan adik Nur Umairah ini. Budi dan jasa tuan-tuan dan puan-tuan semua amat saya hargai dan saya serahkan kepada ALLAH SWT membalasnya.

Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Sekian terima kasih.

AZEEZ RAHIM
Pejabat: +603-22722055

Pembantu Di Baling : En Fikri +6013-5980087

Bantuan yang diperlukan:

1. Doktor pakar untuk tampil membantu

2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada

3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu

4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu

5. Bantuan kewangan

6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga

7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan,
Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

Klik sini

No comments: