Thursday, February 10, 2011

PENTING..! Kenali Wajah Wajah Wira Negara Yang Sertai Ops Pyramid Ke Mesir....

Sekalung tahniah diucapkan kepada Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Yang Berbahagia Dato Hj Abdul Azeez Abdul Rahim yang berjaya membawa ahli ahli kelab tersebut menyertai satu misi yang sangat penting…!

Misi Khas kerajaan Malaysia ke Mesir untuk membawa keluar lebih 11,000 pelajar Malaysia yang terkandas di Mesir. Dato Azeez membawa sukarelawan sukarelawan dari Kelab Putera 1 Malaysia yang turut disertai oleh dua orang doktor, tiga orang kuat Persatuan Bulan Sabit Merah [PBMS].

12 orang wartawan juga berada dalam kumpulan ini, seorang wakil laman web portal Agendadaily, dan Blogger Medan Info Kita satu satunya blogger yang bertuah dapat bersama sama dengan “team Dato Azeez” yang memiliki work rate yang sangat tinggi disamping mempraktikkan semangat sepasukan - team spirit yang sangat baik…!

Inilah Mohd Farid Hassan. Gambar ini dirakam sewaktu beliau melaungkan azan sebelum kami semua naik ke pesawat Air Asia ke Cairo…

Abang Farid seorang yang sangat cool…., beliau merupakan Ketua Seketeriat Kelab Putera 1 Malaysia.

Wajah mirip Dato Azeez ini ialah Abdul Mutalif Abdul Rahim. Bendahari Kelab Putera 1 Malaysia. Seorang yang sangat agresif…, petah bercakap dan cukup teliti dalam mempastikan segala tugas tugas yang mahu dilaksanakan di sana dijalankan dengan teratur.

Mutalif mendapat pengalaman yang sangat berharga, melalui saat yang sangat genting sewaktu ditahan dalam satu sekatan jalanraya…. Beliau ketika itu sedang membawa bekalan makanan untuk pelajar pelajar disana. Nantikan kisahnya dalam posting blog ini….



Mohd Khairul Rizzuan Abu Hassan. Lebih kami kenali dengan panggilan Wan…

Wan merupakan Head Of Media untuk Kelab Putera 1 Malaysia. Beliau ada bersama sama dengan Mutalif sewaktu peristiwa ngeri ditahan dan dikasari oleh sekumpulan penduduk di Cairo yang menyangkakan mereka membawa bekalan makanan untuk demonstrator tunjuk perasaan di Tahrir Square…

Hisham adalah tonggak jentera yang bertugas menyelia keberangkatan pelajar pelajar selama 6 hari skuad ini berada disana….

Tanpa memikirkan waktu untuk makan, rehat dan tidur, beliau bertugas sehingga hilang suara kerana tugasnya memastikan nama pelajar yang akan berangkat menaiki peswat berada dalam senarai manifest passenger.

Hisham juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor

Anuar kami lebih senang memanggil beliau “Arab”. Beliau boleh bertutur dalam bahasa Arab dan memudahkan urusan kerja dengan pihak berkuasa dan lapangan terbang di Cairo..

Arab juga tonggak utama dibawah khemah khas perpindahan pelajar pelajar Malaysia disana, beliau berganding bahu dalam satu gerak kerja team work yang sangat baik dengan Hisham…

Pak Leh…, seorang yang pendiam. Tetapi apabila kita bersembang dengannya rupa rupanya beliau ada banyak pengalaman yang sangat berguna boleh dikongsi bersama….
Ini pula Tengku Azman yang juga merupakan EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda Bahagian Bukit Bintang.

Tengku Azman juga berperanan mendekati golongan pelajar untuk menjelaskan keadaan sebenar dan mahu mereka faham usaha kerajaan yang mempastikan setiap pelajar pelajar mesti dibawa keluar dari Mesir dengan selamat dan cepat tetapi cuba diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Faizal Nordin, anak muda yang banyak membantu proses membawa bekalan makanan dari Malaysian House [DMAK] dan dibawa ke tapak khemah khas perpindahan pelajar kita di Cairo International Airport. Tugas yang amat berisiko tinggi kerana perlu mengharungi jalanraya walaupun pada waktu perintah berkurung…
Izwan Bin Nasir Khan, masih muda tetapi memiliki semangat nasionalis mahu berkhidmat dalam misi ini. Beliau mengikut jejak langkah ayahnya yang turut berada dalam team misi khas ini…
Latif Bin Abdul Rahim. Banyak pengalaman dalam program Humanitarian services. Beliau juga pernah sertai beberapa kunjungan ke negara negara lain dalam delegasi sebelum ini…
Khairul Azwan Pauzi. Panggilan namanya, Abe’. Anak muda berusia 22 tahun sangat rajin bekerja dan sungguh komited.
Mohd Azwan Shaharis. Kami panggil beliau Pak Long…. Beliau digandingkan bertugas dengan Abe dan teamwork mereka amat menyenangkan dan memudahkan pihak Seketeriat…
Inilah jurufoto kelab Putera 1 Malaysia. Nama beliau Rasool. Seorang sangat cool…, cool habis. Sewaktu van kami naiki diganggu oleh gangguan jalanraya pada malam ketiga sekitar jam 12 malam oleh penduduk penduduk disana, beliau duduk bersebelahan dengan pemandu van orang tempatan Mesir.

Biarpun ada ketika yang menahan kami mengacu-acukan senjata kepada pemandu van tetapi Rasool begitu cool…

Razali kami panggil beliau Pak Sheikh….
Seorang lagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang berada dalam team ini… Ridzuan Ketua Pemuda Bahagian PJS.
Rizan Bin Hassan. Apabila mendapat berita bahawa kenderaan yang membawa makanan kami ditahan dan Mutalif dan Wan sedang berdepan pelbagai kepayahan…, Rizan telah mengajak pelajar pelajar yang berada di DMAK untuk bersama sama menunaikan solat hajat…!!

Ketika berdoa, ramai pelajar yang menitiskan airmata memohon semoga rakan rakan kami selamat dan bekalan makanan dapat dibawa ke khemah di Cairo International Airport… memang sungguh syahdu kisah ini…!

Datuk Wira Dr Hj Bahari, Naib Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah. Pengalaman Datuk Wira paling ngeri…! Beliau ditahan kerana disyaki agen kepada pihak yang membuat rusuhan…

Sewaktu pihak yang menahan beliau memeriksa vest PBSM yang dipakai, mereka salah tafsir pangkat PBSM sebagai pangkat tentera…., terus Datuk Bahari juga dituduh sebagai Agen sebuah tentera luar..!

Dipaksa menyangkung lebih setengah jam, diangkut menaiki trak tahanan bersama tahanan orang tempatan yang lain, duduk disebelah salah seorang tentera Eqypt yang muncung senapangnya betul betul berada diperut Datuk Bahari…!

Pak Misnan…. Orang lama PBSM. Beliau juga antara wakil PBSM yang selalu menyertai Humanitarian services ke luar negara.
Nasir Khan, ayah kepada Izwan. 40 tahun bersama PBSM dan sudah berkhidmat dalam program Humanitarian menjelajah lebih 17 buah negara…

Nasir tidak pulang bersama rombongan pertama. Beliau membantu Hisham untuk pastikan pelajar pelajar semua dibawa keluar dari Mesir, dan pulang bersama pesawat yang membawa Dato Azeez semalam.

Dr Azman antara doktor yang dibawa dalam delegasi ini….
Seorang lagi doktor, Dr Rao. Nama penuhnya K Venkateswara Rao.
Ketua delegasi Misi Khas ke Mesir Ops Pyramid, Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom. Gambar ini dirakam sewaktu kali pertama kami mendarat di Cairo pada 3 Februari, jam 7.30 malam waktu Malaysia, disana 12.30 tengahari….

Yb Khir Johari bersama orang orang penting yang menjayakan misi ini; Dato Azeez, Datuk Kamarudin Meranun Air Asia dan Dato Ismee Ismail LUTH.

Eh ehhh…!! Inilah diantara pramugari pramugari dan pramugara Air Asia yang berada dalam pesawat Airbus 340 dalam kedua dua perjalanan kami pergi ke Cairo dan pulang ke Malaysia….

Terima kasih atas layanan yang diberikan…. Terima kasih Air Asia…! Terima kasih Datuk Kamarudin…!!!




12 comments:

Anonymous said...

airbus 340 laa..aiyoooo;p

aL-MaRBaWi said...

tahniah wira-wira negara!

bro,
aku suka tang pramugari tu.. hahaha
kem salam kat diorang yek... hoho

matkilau said...

salam,rasanya hero yang patut diberi pujian.terima kasih atas semua maklumat yang diberikan.disini saya minnta tolong linkkan blog saya kepada blog tuan,terima kasih tidak terhingga.

Anonymous said...

A380.....????TEMBERANG NAMPAK

Anonymous said...

aik apasal x publish comment gua
tp baguslah lu dah tukar type plane.

No Secret said...

tertunggu2 jugak bila khairi jamaluddin nak turun padang...

Anonymous said...

Bro..Nama ketua delegasi kasi betul bro...!!Bukan Dato sri Khir Johari Baharom kot..!!!??nampak sangat tu..

Medan Info Kita said...

A380 typo error..., we all blogger bukan aviation punyer staff.. :)

we all pilot political issues... :)

ila said...

mana ganbar Mon

Medan Info Kita said...

ila...,

dah buat story pasal Mun.., please click http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/02/nostalgia-mesir-thank-you-brother-mun.html

niner mike said...

yang hero semua adalah juruterbang juruterbang yang bawak budak budak ni balik.takde dorang,takde la kejadah nya orang nak bawak kapal terbang ni semua

congrats to tudm mas n airasia

Anonymous said...

lawa weh pramugari!