Tuesday, February 1, 2011

Post Mortem Tenang 3 - Din Puduraya Akui Asakan Blogger Pro BN Beri 70% Faktor Kemenangan Tok Ai..??

Syabas kepada semua sahabat sahabat Bloggers..! Job WELL Done..!!!

Tidak sia sia malah berbaloi pengorbanan yang disumbangkan oleh sahabat sahabat Bloggers sanggup berkampung selama lebih seminggu di Tenang..., tinggal anak dan isteri, ada yang korbankan "cuti tahunan [annual leave] ditempat kerja.., tak mainlah MC 21 macam suami Mala Sophia Loren..!!

Rbf, Gap, Parpukari, Papa GOMO, Pisau.net, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, DET, Gerakan Timur, Keris Putera, Jeffry Damien, Husin Lempoyang, dan Medan Info Kita menyajikan berita dan cerita terus menerus dari Tenang.

Pelbagai isu isu panas yang sensasi dibongkar dan selongkar oleh sahabat sahabat Bloggers..!

  • Kisah perkahwinan pertama Cikgu Mala...,
  • Cikgu Mala main kayu tiga belakang suami pertama ketika beliau dapat masuk Maktab lalu mohon diceraikan..,
  • Gambar gambar perkahwinan pertama Cikgu Mala sebagai bukti...,
  • Surat Cuti Sakit [MC] suami Mala yang memang boleh dipertikaikan...,
  • Jenis penyakit suami Mala sehingga layak dapat MC 21 hari [murung boleh gila..],
  • Layanan Mala terhadap ibu sendiri tak ubah seperti seorang babu kerana ibunya ahli UMNO..,
  • Penjelasan yang cukup jelas dan baik mengenai isu tanah yang cuba dimainkan oleh Din Puduraya terhadap Tok Ai,
  • Bukti bukti bergambar pak lebai berjubah PAS yang sanggup menjunjung bendera DAP..,
  • Surat bukti PAS Johor tidak mahu Anwar Ibrahim turun ke Tenang..,
Bermacam macam lagi isu isu panas yang diselongkarkan oleh sahabat sahabat Bloggers sekaligus memaksa pihak PAS "terpaksa" menjawab dengan wajah yang kunuunnya tenang..

Tidak kurang juga berita berita bergambar yang dapat menceritakan keadaan sebenar apa yang sedang berlaku di Tenang..! Sebagai contoh tindakan pantas Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia yang mendekati mangsa mangsa banjir kilat.., dan juga gambar gambar ceramah Pakatan yang tidak mendapat sambutan langsung disini.., yang ramai hanyalah hadirin yang "diimport" dari negeri negeri lain!

Pengarah Jentera PRK DUN Tenang PAS sudah pun mengangguk angguk memberikan "recognition" kepada Bloggers Pro BN.., apa khabar pula Bloggers Pro Pakatan yang diberitakan telah mendapat "suntikan" dari pimpinan PAS sebelum berangkat ke Tenang..??

Masih bertenang..???

5 comments:

Blog 1 Malaysia said...

jgn mengasak..











Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Jeffry said...

YEAAAHOOOUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Anonymous said...

Tahniah. Semoga diberi hidayah untuk terus berjuang

SUNGAI RAPAT ONLINE said...

Tahniah Blogger Pro- kerajaan walaupun hujan lebat kita tetap jalankan tugas memberi tekanan kepada pembangkang dan akhirnya BN berjaya

Anonymous said...

tahniah kpd blggs pro kerajaan..
30/1 dihari pgundian pekan air
panas mmg panas walaupun hujan
lebat..syabas kpd adun semerah
datuk aris samsudin dan kp parit
sulung zul kamisan serta
kengkawan BN membalas provok
pas dan hampir bergelut ...dan dileraikan oleh polis...pas mmg
sengaja cari PASal