Keratan kemaskini laporan semasa/selari pada hari pembuangan undi PRK DUN Tenang menunjukkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching pada sekitar jam 1 petang telah mengarahkan petugas petugas jentera Pakatan Pembangkang untuk “mengangkut segera” pengundi kaum cina di Labis. Ketika itu pengundi melayu Felda sudah 50% keluar mengundi, tetapi pengundi cina Labis baru 20% sahaja.
Hasilnya..., undi kaum cina di Labis 70% milik Cikgu Mala, 30 % diberikan kepada Tok Ai.
Moral of story ; Pimpinan DAP berjaya “deliver” tugas dan tanggungjawab yang mereka pikul, iaitu “deliver” kemenangan dari undi kaum cina...
Berikut adalah petikan laporan semasa dari blog pro Pakatan..;
1.12pm: Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.
"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.
12.08 pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.
"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter.
Sumber, klik sini
1 comments:
UMA angkat ibu jari....
Itu pun yang UMA komen sepanjang kempen piliharaya berlangsung. PR bekerja keras sebelum dan semasa kempen.
agbr47: CSL sebagai beban BN di PRK Tenang.
Post a Comment