Friday, February 11, 2011

Rahimi Osman Baru Buka Sikit…, Anwar Dah Pening! Anwar Nak Lari Tinggalkan Malaysia, Nak Jadi Macam Thaksin…

Anwar Ibrahim bukan ada satu sahaja pejabat…, di Malaysia dan luar negara beliau beroperasi dengan pelbagai tugas dan fungsi untuk mempastikan angan angan Mat Jenin mahu menjadi Perdana Menter akan terlaksana!

Malam kelmarin dalam satu sesi ceramah yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Kota Raja bertempat di Jalan Kebun, Umi Hafilda dan Rahimi Osman diberikan pentas untuk mendedahkan semua tembelang Anwar Ibrahim.

Memang memeranjatkan apabila Rahimi menceritakan sedikit mengenai penglibatannya dalam urusan mentadbirkan kerja untuk Anwar Ibrahim diluar negara. Menurut anak muda itu, pejabat Anwar di Washington DC beroperasi diatas nama Anwar Ibrahim Consulting Associates [AIC] berbelanja agak mewah dan kita harus mempersoalkan dari mana datangnya wang tersebut..?

“dengan 5 orang pekerja Turki dan Pakistan. Mereka menerima gaji 5 angka US Dollar setiap bulan dengan perbelanjaan berjumlah 2 juta US Dolar sepanjang dua tahun. Mana Anwar Ibrahim dapat duit sebanyak ini?”, kata Rahimi Osman, bekas Pegawai Khas Ketua Umum PKR itu.

WOW! Apakah dengan mempunyai pendapatan sebagai seorang Ahli Parlimen sahaja, seorang bekas banduan penjara Sungai Buloh ini mampu membiayai kos operasi pejabat berurusan di Washington DC…? Bukannya Katmandu, atau Palembang, atau Manila…, tetapi Washingon DC dimana cost of living disana amat tinggi sekali..!!

Siapakah dalang yang bersembunyi dibelakang Anwar untuk menyalurkan dana dana bagi menjayakan semua ini ..? DAP..? PAS..?? Mampukah mereka berbelanja besar untuk Anwar..???

Rahimi seterusnya mencabar Ketua Umum PKR memberikan penjelasan berkenaan peranannya di dalam organisasi yang didalangi Yahudi seperti International Crisis Group (ICG), Foundation For Future (FFF), Brooking Institut, Konrad Adenaur Foundation (KAF) dan Frederich Nauman Foundation (FNF).

Sebagai bekas Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Rahimi juga mengakui bahawa kedua-dua Yayasan Kristian Jerman itu (KAF & FNF) banyak memberi bantuan kepada PKR dan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

1 comment:

Sudir said...

Naper website www.aicassociates.com ni dah tak aktif lagi. Masih beroperasi ker sekarang ni.