Pada hari pertama delegasi ini yang diketuai oleh Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom berangkat menuju ke Cairo, ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya apa yang telah terjadi. Delegasi ini turut disertai oleh Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji, dan Dato’ Abd Azeez Presiden Kelab Putera 1 Malaysia yang membawa seramai 24 Sukalrelawan, 2 orang doktor, 3 orang kuat Persatuan Bulan Sabit Merah dan 12 wartawan [satu satunya Blogger - Medan Info Kita] serta beberapa orang pegawai pegawai pengiring Dato Seri Jamil Khir.
Sebelum berlepas, kami semua telah bersiap sedia menunggu selama 12 jam dan perlu bermalam di LCCT kerana menantikan isyarat Landing Rights dari negara Mesir. Tambahan pula, Air Asia belum pernah sekali pun mendarat di Cairo dan tidak mempunyai air route permission iaitu kebenaran berada diruang udara negara peninggalan sejarah tersohor Firaun itu….
Setelah selesai menunaikan solat subuh berjemaah pada pagi Khamis 3 Februari, delegasi ini telah dipanggil untuk diberikan taklimat oleh Dato Seri Jamil Khir. Kami diarahkan untuk bersiap sedia, akan SEGERA berangkat menuju ke Cairo…
Diikuti oleh Datuk Ismee Ismail, Dato Abd Azeez, Datuk Kamarudin Meranun serta rombongan delegasi terutamanya Sukarelawan Sukarelewan Kelab Putera 1 Malaysia….
Segala pengalaman dari kali pertama mendarat, menghabiskan banyak waktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo menguruskan keberangkatan pelajar pelajar kita, dan beberapa isu panas yang cuba dipolitikan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab, sudah disiarkan dalam blog ini. Pada akhir penulisan posting ini, akan disenaraikan…..
Apakah dia kisah benar yang ahli rombongan delegasi ini sendiri tidak tahu…?
Lihat semula gambar yang paling atas. Temubual sahabat sahabat wartawan dengan Datuk Kamarudin yang secara spontan sewaktu kami hampir mendarat ke bumi bertuah, Malaysia…..
Alangkah terkejutnya kami apabila dimaklumkan oleh Datuk Kamarudin sewaktu kami semua berangkat menuju ke Cairo awal pagi tanggal 3 Februari, sebenarnya masih BELUM ada Landing Rights dari kerajaan Mesir..!
Tetapi demi keutamaan untuk anak anak Malaysia yang terkandas di Cairo dan memerlukan bantuan agar dapat segera dibawa keluar dari bumi Mesir…, maka keputusan telah dibuat untuk tidak lagi melengah-lengahkan masa. Lagi pun untuk sampai ke Cairo memerlukan perjalanan hampir separuh hari…!
Pada saat dan ketika ini, satu keputusan yang bijak dan tepat sangat diperlukan..! Tindakan berani Datuk Kamarudin untuk mengarahkan pesawatnya terbang pada hari itu kerana beliau amat yakin dengan kepimpinan YAB Perdana Menteri kita dapat menyelasaikan masalah Landing Rights memandangkan kita punyai hubungan diplomatic yang baik dengan kebanyakkan negara luar didunia ini….
Risiko yang amat besar telah diambil oleh Datuk Kamarudin…, seandainya kami tidak dapat Landing Rights, sudah pasti kami akan menghadapi masalah melaksanakan Ops Pyramid ini dan natijahnya kita tidak tahu apa pula nasib pelajar pelajar kita yang terkandas disana….
Mujurlah atas kecekapan dan hubungan baik YAB Perdana Menteri dengan kerajaan Mesir masalah ini dapat diselesaikan hanya beberapa detik sebelum pesawat bertuah ini hampir mendarat dibumi Cairo…..
Kesimpulannya, setelah Blog Medan Info Kita bersama sama sahabat wartawan yang lain mendengar cerita Datuk Kamarudin ini, kami berpendapat beliau memanglah seorang yang berani membuat keputusan yang bijak dalam masa yang singkat…! Kerjasama dengan Dato Azeez yang secara beterusan membuat “follow up” dengan YAB Perdana Menteri menjadikan team work mereka sangat berkesan…
Bayangkanlah sekiranya kami masih lagi menunggu lagi 12 jam di LCCT, dan hanya berangkat setelah dapat Landing Rights…? Bilakah waktunya kami akan sampai di Cairo..??
Bagaimana nasib pelajar pelajar yang terkandas dan ada yang sudah putus bekalan makanan kerana tidak punyai wang saku yang mencukupi…..??
Baca semula semua posting yang berkaitan kisah kami di Cairo…;
Misi Ke Mesir – Kelab Putera 1 Malaysia Selamat Berangkat
Delegasi Kelab Putera 1 Malaysia Masih Terkandas Di Cairo International Airport
Terkini Dari Cairo – Proses Membawa Pulang Pelajar2 Msia Sedang Giat Diusahakan
Panas Dari Cairo…! PAS Cuba Hasut Pelajar Pelajar Malaysia Jangan Naik Penerbangan Ke Jeddah…??
Lagi Updates Dari Cairo - Pelajar2 Masih Keliru, Percaya Fitnah Penerbangan Dari Jeddah Kena Bayar Sendiri
Urgent..!! Dari Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Di Cairo, Sebarkan…!!!
Live Dari Cairo International Airport Hari ke 2…..
Cemas Dari Cairo…!!!
Permintaan Dari Kami Di Cairo…! Tolonglah…
Updates Cairo Petang Ini… Dari DMAK, “Terima Kasih Kerajaan Malaysia..”
Terkini Dari Cairo – Khemah Penghantara Pulang Pelajar Semakin Lengang… 80% Misi Hampir Selesai..!
Terbaru Dari Cairo… Dato Azeez Buktikan Maksud “Rakyat Didahulukan..”
Blogmaster Medan Info Kita Bersama Wartawan Sudah Berangkat ke Jeddah…
Pesawat Pertama Dari Jeddah Akan Disambut Oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak…
Pesawat Pertama Air Asia Dari Jeddah – Cairo Selamat Mendarat Di KLIA Jam 10.15 Pagi..
YAB Perdana Menteri Sambut Kepulangan Kumpulan Pertama Dari Jeddah & Cairo
Blog Medan Info Kita Mohon Berehat Sebentar
Dato Azeez Kelab Putera 1 Malaysia Selamat Tiba Dari Jeddah Bersama 1,426 Pelajar
PENTING! Kenali Wajah Wajah Wira Negara Yang Sertai Ops Pyramid Ke Mesir…
Nostalgia Mesir… Thank You Brother Mun…
Kisah Panas Mesir…! Pelajar Malaysia Yang Baru Pulang, Arfah Mawaddah Ucap Terima Kasih Kepada PMRAM, Bukan Kerajaan Malaysia…
Panaass Kisah Student Mesir..! Mahu Tonton Wajah Sebenar Arfah Mawaddah..??
Masih Panaass Cerita Mesir…!! Gambar Sebenar Arfah Mawaddah Kini Disiarkan…!
3 comments:
Memang perit nak sempurnakan misi ni. Pernah terbaca, perkara paling susah ialah mendapatkan hak kebenaran mendarat. Apatah lagi kalau flight bukan dalam kategori commercial. Sepatutnya orang-orang ni kena berterima kasih dengan Kerajaan, bukan jadi anjing, gigit tangan org yang menolongnya. pokokakar.blogspot.com
hampir nak menitis airmata bila baca catatan tuan diatas... itupun org PAS masih banyak songeh lagi.
Peringatan kapada mereka2 yang kufur nikmat...jangan sampai hilang rahmat Nya atas kamu.
Post a Comment