Friday, February 11, 2011

Siapa Supiani Sibin..??

Inilah wajah Kak Sue…

Supiani Sibin merupakan salah seorang daripada empat pegawai Imigresen yang ditugaskan ke Mesir untuk sertai Ops Pyramid membawa pelajar pelajar kita keluar dari Cairo untuk diterbangkan ke Jeddah..

Pihak Imigresen menghantar empat pegawai yang diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan & Pasport, Puan Saleha Bee. Mereka ditempatkan untuk menginap ditempat yang sama dengan kami.

Supiani adalah satu satunya pegawai Imigresen yang menaiki van membawa kami pulang dari airport ke tempat penginapan pada malam ke 3 berada di Cairo. Pengalaman ngeri yang tak akan kami lupakan sewaktu berada diperantauan… Kisah perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam tetapi menjadi 2 ½ jam, melalui 30 sekatan jalanraya dan dua kali van kami ditahan, passport kami dirampas…, penduduk yang menahan kami menggunakan senjata tajam, pisau, kayu untuk menakut nakutkan kami, dibawa kami ke kawasan perumahan yang agak terpencil…, klik
sini.

Sewaktu dalam satu keadaan yang cemas, beg tangan Supiani telah digeledah oleh salah seorang penduduk yang “membuat” pemeriksaan. Anak muda orang tempatan Mesir itu cuba mengambil wang tunai matawang US Dollar dari dalam dompet yang berada dalam beg Supiani.., menyedari perkara ini wartawan NST, Hamzah telah menegah dan Supiani sendiri bangun dari tempat duduk dan cuba merampas kembali beg tangannya.., berlaku tarik menarik memaksa kami juga menghalang perbuatan “nakal” anak muda Mesir itu…

Alhamdulillah semuanya dah selamat, Supiani bersama pegawai pegawai Imigresen yang lain pulang bersama kami menaiki pesawat yang sama Air Asia Airbus A340


KENALI WAJAH WAJAH WARTAWAN YANG BERSAMA KELAB PUTERA 1 MALAYSIA DALAM MISI KHAS KE MESIR
Samad Majid dari RTM Kedah… Abang Samad yang kaya dengan pengalaman telah menyertai beberapa misi bantuan kemanusian diluar negara sebelum ini.

Azman dari Utusan Malaysia Kedah. Seorang yang good listener, beliau hampiri ramai pelajar pelajar yang terkandas di Cairo International untuk mendapat berita dan cerita untuk laporannya..

Safuri dari Harian Metro. Beliau dilihat sebagai tag-team partner kepada Azman…., mereka bekerjasama dengan baik dalam tugasan mendapat bahan berita untuk siaran.

Mohd Najib, jurukamera RTM Kedah. Sewaktu kami tiba di Cairo International Airport, pihak berkuasa di lapangan terbang telah menahan set rakaman video beliau, ianya benar benar merupakan satu cabaran…

Akhirnya setelah beberapa jam berusaha, wakil wakil Kelab Putera 1 Malaysia bersama sama dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir dan Timbalan Menteri Luar Kohilan Pillay yang berada disana berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Ini adalah wartawan Bernama TV, Taufik.

Ini pula partner kepada Taufik. Nama beliau, Zul Hafiz. Jurukamera Bernama TV, beliau juga menghadapi ujian sewaktu kami mula mendarat di Cairo International Airport apabila set rakaman videonya juga ditahan…

Luqman Nul Hakim, wartawan Bernama Online news.

Helme Hanafi, wartawan portal Agendadaily

No comments: