Saturday, February 19, 2011

Tengok Mamat Nie... Dia Dah Tak Ada Masa Nak Bantu BN..!! Dia Sibuk Dengan "Personal Glory.."

Khairy Jamaluddin sudah tidak lagi memperdulikan perjuangan politik mendepani segala macam kacau bilau pihak pembangkang..?

PRK DUN Tenang kita tempuhi tanpa "sumbangan keringat" dan komitment seorang Ketua Pemuda UMNO.., beliau hanya datang beberapa jam sekadar tunjuk muka untuk rekod, ibarat seorang pekerja yang datang untuk punch card. Malah dikalangan kami sahabat sahabat bloggers merasakan tidak dapat dirasai penglibatan Pergerakan Pemuda UMNO berbanding dengan kerja kuat Pergerakan Wanita..!

Jika dilihat daripada tindakan Khairy yang mengejar impian peribadinya, timbul persoalan apakah beliau "terlalu" yakin dengan kekuatan BN dan sokongan pengundi pengundi muda sehinggakan sanggup meninggalkan rakan rakan dan memenuhi cita citanya sendiri..?

Atau pun pada benak fikiran Khairy, beliau sudah "surrender" dengan perjuangan asas Pemuda untuk mempastikan mereka mampu mengembalikan berahi sokongan pengundi pengundi muda kepada BN sekaligus merangka formula kemenangan menawan semula Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dan dapatkan kembali 2/3 majoriti parlimen...? Dalam erti kata lain, "lantaklah..., bukan boleh menang pun, lebih baik aku penuhkan impian peribadi aku lagi bagus..."

Berita bergambar detik detik Khairy menerima Sayap Penerjunan, klik sini.

Blog Medan Info Kita, amat bersetuju dengan kritikan yang amat baik daripada salah seorang sahabat Blogger, GAP. Klik sini.

1 comment:

Anonymous said...

Baguih la tu. Ertinya dia pun dah fed up dan give up ngan BN. Bila dia bukak mulut orang kutuk......baiklah jaga diri sendiri je.