Sunday, February 6, 2011

Terbaru Dari Cairo... Dato Azeez Buktikan Maksud “Rakyat Didahulukan...”

Untuk mempastikan tiada pelajar pelajar yang tidak ke Cairo International Airport, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Haji Abd Azeez Abd Rahim telah turun padang...

Pagi tadi, beliau telah segera menziarah ke beberapa tempat penempatan pelajar pelajar Malaysia di Cairo. Destinasi pertama ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah [DMAK]. Disana Dato Azeez telah bertemu dengan hampir 300 pelajar yang hendak dibawa ke Cairo International Airport.

Dalam pertemuan tersebut Dato Azeez menjelaskan kepada pelajar pelajar usaha murni kerajaan dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu pastikan semua anak anak Malaysia dapat dibawa keluar dari Mesir.

“saya sendiri akan terus berada di Mesir.., saya tak akan balik selagi Misi ini tidak selesai..” tegas Dato Azeez yang mendapat tepukan gemuruh dari pelajar pelajar disana tadi.

Para pelajar keseluruhannya amat gembira dan berterima kasih kepada tindakan pantas Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia yang selama empat hari ini bekerjasama dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Cairo. Sehingga ke saat ini sudah hampir 8,000 pelajar sudah dibawa ke Jeddah.

Seterusnya Dato Azeez telah bergegas ke beberapa lagi tempat penempatan pelajar pelajar Malaysia di Hayyu Ashair, Madinah Nasr. Disana kami ke, Kedah Students Hostel, Sarawak Students Hostel, dan Selangor Students Hostel.

Disana Dato Azeez menyerahkan bekalan makanan kepada mereka yang tinggal di Mesir.

ADA IBU BAPA YANG MENITISKAN AIRMATA KEGEMBIRAAN APABILA DATO AZEEZ BAWA MEREKA PULANG KE MALAYSIA

Ikan di laut, asam di garam.., dalam kuali bertemu jua! Siapa sangka sewaktu tiba di Sarawak Student House Dato Azeez telah bertemu dengan bekas Zakaria Haji Salleh, Pengetua Sekolah Sri Subang Jaya Seksyen 14. Dato Azeez pernah menjadi YDP PIBG sekolah tersebut.

Zakaria pernah membantu Sekolah Sri Subang Jaya mendapat anugerah pencapaian terbaik UPSR tahun 1999 dan 2001.

Apabila dimaklumkan oleh Dato Azeez beliau boleh membawa pulang Zakaria serta ahli keluarganya, bekas Pengetua sekolah itu menitiskan airmata kegembiraan...! Beliau melafazkan rasa syukur kehadrat Allah kerana jika mengikut jadual, tarikh penerbangan mereka pada 16 Februari. Zakaria datang ke Cairo untuk menziarah anaknya, Najwa Zakaria pada 26 Januari tetapi telah terkandas setelah keadaan keamanan bandar Cairo semakin tidak selamat...

Isteri beliau, Puan Amnah Mat Adil dalam temubual dengan wartawan menyatakan beliau sangat bersyukur kerana berpeluang keluar dari kawasan bahaya dan pulang ke tanahair. Manakala Zakaria memuji ketangkasan dan keperihatinan Dato Azeez bersama Sukarelawan Kelab 1 Malaysia yang benar benar mentafsirkan wadah YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...”

1 comment:

Anakbukitgantang said...

TQ for the Info

Bagaimana naseb pelajar Sabah?