Sunday, February 6, 2011

Terkini Dari Cairo – Khemah Penghantaran Pulang Pelajar Semakin Lengang..., 80% Misi Hampir Selesai...!!

Gambar ini dirakam sekitar jam 11.30 malam waktu di Cairo....

Beginilah keadaan terkini di Khemah Khas di perkarangan Cairo International Airport tempat persediaan untuk persiapan membawa pulang pelajar pelajar kiat keluar dari Mesir. Bandingkan foto foto sebelum ini pernah disiarkan oleh Blog ini beberapa hari yang lalu..., sudah semakin lengang.

“Legaa....” agaknya itulah tafsiran yang boleh kita gambarkan daripada senyuman yang terukir pada wajah Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara. Disebelah kanan beliau, Duta Malaysia ke Libya, Dzulkepli Mohd Nor yang sama sama membantu Misi membawa pelajar pelajar Malaysia keluar dari Mesir.

Kumpulan pelajar pelajar sedang dikendalikan penerbangan mereka pagi nanti... Semakin berkurangan bilangan pelajar pelajar yang sebelum ini khemah menunggu begitu sesak...., syukur kehadrat Allah swt semuanya berjalan dengan baik.

Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abdul Azeez bersama Dato Seri Shahidan Kassim sedang mengagih-agihkan makanan untuk pelajar pelajar makan malam. Menu malam ini, NASI BRIYANI AYAM & KURMA DAGING....!!

Berselera sekali nampaknya anak anak kita menjamu selera... Syabas diucapkan kepada Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia yang tidak kenal penat sejak mendarat disini 3 hari yang lepas...

7 comments:

Panglima Perang Cyber said...

lepas ni pelajar2 di Mesir akan sedar siapa yang bantu dengan ikhlas kepada rakyat dan siapa pula yang tidak pedulikan rakyat.

semoga kilang kader PAS di Mesir akan menjadi kilang pertahan UMNO selepas ini.

ahli agama patut sedar keutuhan agama di negara kita hingga dicontohi dunia hasil dari perjuangan pemimpin kita selama ini.

bro, selamat pulang ye.

Anonymous said...

Apakah semua pelajar itu menyokong kerajaan....??

hangkedee said...

lalat hijau yang tidak tahu menilai taik atau intan permata.Hanya pandai bercakap tapi hasilnya kosong seperti bendera PAS yang putih kosong.Bunyi seperti langau hijau yang bising membawa penyakit.Pernah tenguk Lalat atau langau paling tak tumpah seperti parti PAS.

Anonymous said...

pesan dekat depa dah balik malaysia jangan dok berdemo pulak ikut otak pembangkang ... jadilah warga yang bertanggungjawab .....

Anonymous said...

Alhamdhulillah..
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat..
walaupun tiada anak disana.

tenangsudey said...

Alhamdulillah proses mengeluarkan mereka berjalan dengan baik.. syukur..



Fakta yang menggemparkan Kekayaan Hosni Mubarak Mengalahkan Bill Gates

To Live Again said...

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Allah akan menambahakn nikmat bagi kamu dan jika kamu KUFUR ingatlah sesungguhnya AZAB Allah itu amatlah pedih"

Jadi kepada pihak2 yang dibantu tahu lah nk menghargai budi org..Mmg x dinafikan terdapat sedikit sebnanyk kelemehan dalam proses mengeluarkan pelajar dari Mesir..

Tp kita semua msti ingt yg situasi sekrg adalah situasi BENCANA dn buka SUKA RIA..Kalau ada sedikit kekurangan 2 dh mmg kelemahan kita sebagai manusia..

Kalau hnya dengan sedikit kekurangan dn kelemehana di sana sini usaha pihak kerajaan sng2 nk diperlekehkan maka anda semua jwb la di hadapan Allah nnti akibat sifat smbong dn bongkakk anda semua..