Thursday, February 3, 2011

TERKINI Dari Cairo. Proses Membawa Pulang Pelajar2 Malaysia Sedang Giat Diusahakan

Syabas dan tahniah kepada usaha kerajaan Malaysia.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom yang turun padang bersama sama dengan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia berjaya melancarkan lagi proses membawa pulang pelajar pelajar Malaysia.

Keadaan di Cairo International Airport walaupun agak sesak dengan ratusan anak anak kita diperantauan, insya allah segala galanya akan dilaksanakan dengan baik.

Penghargaan juga kepada Datuk Kamaruddin dari Air Asia yang sama sama bersusah payah menyelesaikan banyak masalah landing permission dengan kerajaan Mesir. Tidak lupa juga kepada Datuk Ismee yang menyediakan penginapan pelajar pelajar yang sedang dibawa ke Jeddah...

Blogger MIK mohon disampaikan berita kepada rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa keluarga pelajar pelajar disini jangan risau kerana janji Datuk Azeez dalam ucapannya tadi, "kami akan pastikan semua pelajar dibawa pulang, tidak ada seorang pun akan tinggal... 

"Kami tidak akan pulang selagi masih pelajar yang tidak dapat dibawa pulang.." Ini sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri mahu MISI Khas ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang gangguan!

Talian internet agak sukar, Blogmaster kemaskini dengan meminjam broadband Etisalat Egypt...

Ikuti Rakaman Di Tempat Khemah Khas Pengurusan Proses Membawa Pulang Pelajar Malaysia Yang Disediakan Oleh Kedutaan Malaysia dan Kementerian Luar;
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman sedang menjelaskan kepada pelajar pelajar Malaysia keadaan di negara kita dimana ada pihak yang bertanggungjawab telah memperlekehkan usaha usaha kerajaan membawa pulang mereka ke tanahair membuatkan ramai ibu bapa menjadi risau serta bimbang...
Sdra Azman dari Utusan Malaysia menemu ramah salah seorang pelajar tentang pengalaman mereka di sana

Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom menyampaikan taklimat kepada pelajar pelajar yang sedang menunggu giliran untuk diterbangkan ke Jeddah menaiki Air Asia
Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay turut sama turun padang untuk mempastikan semua proses berjalan lancar..

3 comments:

PAPA GOMO said...

Salam bro. Mantap dalam laporan berita ni. Kita akan pastikan pembaca semua mendapat maklumat akan segala gerak kerja kerajaan dalam membantu para pelajar malaysia di sana.


Teruskan update bro.

ibnulislam said...

Salam, kami ada mohon pihak berwajib (kedutaan malaysia dan FB DS Najib) untuk mengeluarkan Kenyataan Rasmi berkenaan Perjalanaan Balik Pelajar Malaysia dari Jeddah ke Malaysia. Namun masih belum di'reply' oleh siapa-siapa. Saya yakin bila sahaja kenyataan rasmi dan bertulis dikeluarkan berkenaan penghantaran balik pelajar ke Malaysia, semua orang akan tutup mulut.
Saya mendapat makluman berikut yang sememangnya benar2 dikeluarkan oleh pihak berkenaan yang menyebabkan pelajar2 Malaysia dan ibu bapa runsing
"Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris
Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon."

Kenyataan telefon berikut dibuat oleh pegawai kedutaan sendiri. Jadi untuk menjawab tanda tanya Seluruhnya Rakyak Malaysia, seeloknya kedutaan / Menteri Luar / DS Najib membuat kenyataan yang jelas.

**kepada blogger, mohon majukan persoalan ini ke peringkat lebih tinggi yang boleh menjamin ketulenan jawapan. Terima kasih

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Jazakallah kerana menyiarkan gambar gambar ini sebagai bukti akan kesungguhan pihak berkuasa Negara Malaysia membawa pulang para pelajar kita dari Mesir yang sedang bergolak.

Pelbagai laporan palsu dan fitnah oleh para penderhaka dan pengkhianat didalam negara menyusahkan hati rakyat kita terutamanya ibubapa dan kaum keluarga warga Malaysia yang berada disana.

Kebenaran mesti dilaporkan secara telus untuk menegakkan keadilan.

Saya doakan tuan selamat sejahtera dan dapat membantu membuktikan bahawa laporan laporan pro pengkhianat negara adalah palsu dan tak boleh dipercayai walaupun yang melaporkan begitu bertopengkan agama!