Sunday, February 6, 2011

Updates Cairo Petang Ini.. Dari DMAK "Terima Kasih Kerajaan Malaysia.."

Kami singgah sebentar di Abbasiah sebentar sebelum kembali bertugas di Cairo International Airport.

Di Abbasiah terletaknya satu Malaysian Hall untuk pelajar pelajar kita. DMAK - Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah juga menjadi lokasi pengurusan proses membawa pelajar pelajar kita keluar dari Mesir.

Sempat bertanya khabar pelajar pelajar yang sedang mendaftar sebelum kami bawa ke Cairo International Airport. Blogmaster bertemu bual dengan dua orang pelajar...

Ridzauddin yang menuntut di Shoubra pengajian Takhasus Qira'at. Beliau berasal dari Kedah. Disebelahnya pula, Fauzi Naim juga mengambil pengajian yang sama.

Apabila diajukan soalan bagaimanakah perasaan mereka dapat dibawa keluar dari Mesir..? Mereka tersangat bersyukur... walaupun pada mulanya agak keberatan kerana hanya tinggal satu semester sahaja lagi untuk habiskan pengajian, tetapi secara jujur kata mereka "bila fikirkan entah apa pula akan berlaku selepas ini.., takut keadaan jadi bertambah buruk.., lebih baik kami pulang dulu Bang..."

Bila ditanya apa pandangan mereka terhadap usaha usaha gigih kerajaan yang mahu pastikan anak anak kelahiran Malaysia segera dibawa keluar dari "danger zone" memandangkan situasi disini semakin tegang..., jawab mereka "terima kasih kepada kerajaan Malaysia, yang pentingnya kami dapat keluar dari sini. Tinggal disini pun, kami semakin susah, tak bebas nak keluar, bahaya... "

8 comments:

Gelombang Rakyat said...

Salam Perjuangan,

SYABAS buat blogger Medan Info. Anda adalah PEJUANG SEBENAR. Saya sebagai blogger amat berbangga dengan inisiatif dan usaha anda..

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat.

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Medan Info Kita said...

salam dari cairo Blogger GR..

disini skrg baru 12.30 mlm, disana 6.30 subuh dah...

doakan yg baik2 buat semua, sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah...

Insya allah kita jumpa nanti bila sy dah pulang, k bro..

Ular Menyusur Akar said...

UMA doakan semuanya akan berjalan lancar dan selamat. Allh amat mengetahui apa yang tuan buat.

Sudir said...

Tahniah medan info..

Anakbukitgantang said...

Semalam Fb saya membawa rayuan pelajar Tahun 2 Univ Al Azhar bernama Ashraf dari Sabah.

Pelajar tersebut mempunyai masalah kesihatan dan maseh memerlukan rawatan lanjutan setelah menjalani pembedahan di Cairo

Apa yg saya tak sedap dengar ialah dalam situasi getir ini ada terserlah sifat mazmumah (dan delete list mereka yg layak pergi atas sebab kesihatan ,berkeluarga dan punya anak kecil-senarai priority )pada sebilangan mereka yg menguruskan evacuation - sifat "fight or flight" ini dilihat semasa jatuhnya Saigon ke tangan tentera HCMC -

Saya sertakan komen dari senior saya di Sc Penang kak Faridah Datuk Abu Bakar Titingan, adinda kepada Bekan Timbalan Menteri di JPM dulu sebagai usaha improve geraklan evakuasi dan menghapuskan sifat tersebut ( saya tak mahu ada usaha terancang sebabkan rakyat Sabah marah-mana lah tahu ada agen yg merosakkan hubungan baik sesama insan di sana-apapon saya serahkan pada pembaca semua utk menilai) dan mendengar PLIGHT /RAYUAN ANAK SABAH

"Alhamdulillah kami baru sampai dari Cairo-Bahrain-KL-KK.Usaha sendiri spt yg kami plan asal sebelum menerima arahan melarang kami ke airport .Kpd yg tak tahu cerita, anak saya pelajar Medic di Al Azhar masuk tahun 2 telah di operate di... Cairo. Saya dan suami ke Cairo utk melawat beliau. Sehari sampai Cairo, kekacauan berlaku. YAB Ketua Menteri Sabah mengumumkan akan membawa balik pelajar-pelajar dan hanya menunggu persetujuan YAB PM. Kemudian kami mdpt berita YAB PM telah bersetuju utk menghantar misi pemindahan rakyat Malaysia termasuklah rakyat Sabah .

Semua rakyat Malaysia di minta ikut arahan yg dikeluarkan.Maklumat yg diterima pemindahan akan diutamakan kepada siswi tahun pertama dan keluarga yang ada anak kecil dan keluarga yang ada masalah kesihatan. Senarai berdasarkan spesifikasi berkenaan diberi oleh Rumah Sabah kepada Kedutaan. Senarai itu termasuklah kami sekeluarga.

Pada malamnya kami mendapat berita senarai yg dikemuka telah confirm utk pemindahan keesokannya. Kami di arah bersiap sedia di mana kumpulan ini akan diterbangkan ke Jeddah pada sebelah pagi . J/kuasa di Kedutaan berjanji utk menghantar 3 buah bas ke Rumah Sabah jam 8 pagi utk urusan pemindahan. Malangnya sehingga jam 9pagi pemindahan belum juga berlaku. Apabila ditanya kpd Kedutaan didapati semua senarai yg semalamnya confirm telah didelete dan diberi kepada kumpulan lain.Ini mybbkn kami tidak jadi ke jeddah sebaliknya stranded di Cairo sedangkan sejurus mdpt maklumat kami confirm akn dipindahkan ke Jeddah, keluarga di Sabah telah uruskan pembelian penerbangan MAS Jeddah-KL-KK .
Kami menunggu panggilan seterusnya tetapi masih tiada (.Perkara ini telah dilaporkan kpd Kerajaan Negeri utk tindakan selanjutnya).

Kami perlu kluar dari Mesir memandangkan keadaan anak saya yg masih lemah dan perlu rawatan lanjut. Sekali lagi keluarga uruskan pembelian tiket Cairo-KL-KK mengguna Egypt Air tetapi malangnya walaupun tiket confirm Egypt Airtelah batalkan penerbangan ke Malaysia.
Sementara menunggu giliran misi Kerajaan, sekali lagi keluarga mengurus pembelian tiket baru Cairo-Bahrain-KL-KK Kali ini guna Gulf Air..Seat hanya ada pd Jumaat (semalam). Akhirnya inilah penerbangan yg membawa kami balik Ke Malaysia pd hari ini. Giliran pemindahan masih tidak menjadi kenyataan.

Utk makluman Kerajaan negeri Sabah juga telah melakukan tindakan proaktif dgn membeli tiket utk pemindahan pelajar-pelajar Sabah dari Cairo yg masih terkandas menunggu giliran mereka ."

P/S- CARI SAPA YG DELETE SENARAI ASAL UTK LETAKKAN KRONINYA/"KUMPULAN LAIN"

Anonymous said...

Sebak menilai komunikasi dua blogger diatas. Yes! anda semua adalah pejuang. Teruskan dan maintain ikhlas ya.

Rakyat Memerhati

Anonymous said...

Respon rintihan pelajar Tahun 2 Univ Al Azhar bernama Ashraf dari Sabah. melalui Anakbukitgantang.

Hal-hal begini sememangnya telah saya jangkakan akan berlaku. 11 500 orang hendak diterbangkan dalam tempoh masa terhad dan situasi setempat yang terus menekan walaupun kriteria keutamaan telah dinyatakan dengan jelas.

Hanya mereka dapat sertai kelompok yang pertama ke Jeddah sahaja tidak mengeluh.

Simpati saya pada adik Ashraf yang masih tidak begitu sihat setelah menjalani pembedahan terlepas peluang penerbangan yang dijanjikan. Pun begitu mohon sangat-sangat tidak dipepanjangkan hal ini dengan tuduhan ada yang curang dengan delete senarai nama adik dan keluarga.

Saya percaya bahawa kumpulan yang ditugaskan mengambil adik dan keluarga di Rumah Sabah di Cairo menghadapi masalah pergerakan akibat sekatan.

Alhamdulillah dan bersyukurlah adik dan keluarga kini telah selamat meningalkan Cairo.

Medan Info Kita said...

untuk makluman, kami sudah buat pengesahan... Asyraf dari Rumah Sabah telah selamat dibawa pulang petang semalam menaiki Gulf Air yg disediakan oleh kerajaan Sabah.

Sebarang pertanyaan, talipon Pegawai di Cairo +20166934203

Sekian dari Cairo - Medan Info Kita