Friday, February 4, 2011

URGENT..!! Dari Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Di Cairo, Sebarkan..!!!!

Dari kiri; Duta Malaysia di Mesir – Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Delegasi Misi Ke Mesir Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Hj Abd Azeez, Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail.

SIDANG MEDIA KHAS DARI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIRO

Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.

Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang. Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!

Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..

Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan spec ial arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.
Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..
Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.

Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.

Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...

Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.

14 comments:

Anonymous said...

tak habis2 fitnah sampai ke luar negara.

Anonymous said...

Alhamdulillah pada semua yang selamat sampai ke Jeddah sementara menunggu untuk kembali ke Malaysia. Harap anda sekelian akan terus menjaga nama baik negara semasa disana. Memang tanah haram Mekah dah dekat sangat tapi jangan lah pandai pandai nak CURI buat umrah pulak tanpa kebenaran kerajaan Saudi. Nanti kena tangkap tak tentu pasal merengkok dalam penjara disana.  Bersabar sajalah tinggal disana buat sementara waktu. Carilah pengajaran yang positif dari pengelaman yang baru dilalui untuk dibawa balik ke Malaysia.  Jangan nanti balik buat kenyataan bodoh dan negatif kerana ini semua melambangkan perbadi dan sifat anda yang rendah jatidiri dan tak mampu melalui keadaan yang mencabar. Saya dan bakal bakal majikan yang lain pasti akan memerhatian reaksi anak anak semua nanti. Mana tau kita jumpa untuk temuduga  Tiada tempat dalam mana mana organasasi pun bagi mereka yang bersikap negatif, rendah jatidiri dan tak mampu menghadapi 'pressure'. 
Ingatlah anda dibawa keluar dari Mesir atas ihsan dan usahakerja banyak pihak terutama  kerajaan Malaysia, Tabung haji, syarikat penerbangan dll. Janganlah nanti ada rungutan kesesakan bilik dan makanan tak sedap dan seumpamanya. 
Kepada semua pihak yang bertungkus lumus berkerja menyelamatkan rakyaat Malaysia saya ucapkan syabas dan mendoakan keselamatan anda sekelian. Hanya  Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan yang diberi. 
Akhirnya saya juga mendoakan supaya semua rakyat Malaysia selamat pulang ketanah air dan dapat pulang balik ke Mesir secepat mungkin untuk menamatkan pengajian masing masing. 

Anonymous said...

memang haramjadah betul orang yang buat fintnah dan kabar angin ni...

Anonymous said...

Biasa lah bila ada Anak Adam membuat amal maaruf mesti ada syaitan yang Akan ganggu. Orang yang membuat amal dapat rahmat dan pahala besar dari Allah SWT dan Semoga laknat Allah dan neraka bagi pengacau dan yang bersyarikat dengan syaitan.

Panglima Perang Cyber said...

mcm wartawanlah bro skrg...kami sgt gembira membaca info terbaru dari bro di sana.

slmt pergi dan balik utk semua rakyat Malaysia

Anonymous said...

Disaat2 genting macam nih ada manusia yg berhati macam hamramjadah...tau memekak dan buat fitnah aje kerja nya, apa nak jadilah puak2 nih...

Usahkan nak berterima kasih dgn usaha yg kerajaan buat, dorang pulak nak tambah masaalah dan buat fitnah, mmg CILAKO!! Apa yg busuk sgt hati korang nih wahai puak2 pembangkang oiii!!

Anonymous said...

INI LAH TARBIAH PAS YANG MENGAJAR PENGIKUT NYA :
TAK TAHU UNTUK BERSYUKUR, JAUH SEKALI BERTERIMA KASIH....

Semua isu nak di politik kan...

Anonymous said...

Di Dalam negara orang2 yg paling kuat buat fitnah dan menipu dan berbohong adalah species2 dari PAS PIS PUS dan pencacai2 dan penjilat2 dubor Pak Sheikh. Fitnah keparat sperti di PRK budak kena tetak zorro tapi tak berdarah adalah perbuatan jahat siapa, loe pikir lah sendiri. Parti Ajaran Syaitan adalah barua Dajjal yg hanya ingin membuat huru hara dalam negeri, kaffir mengafirkan, dan mengampun pemimpin2 mereka yg melakukan dosa besar, seperti berzina dan rasuah, sedangkan menjamin syurga buat ahlul2 bengap seolah olah syurga itu milik mak bapak depa yg punya. Janganlah ada anak2 bangsa membesar menjadi keparat lahanat sperti ahlul2, pemimpin2 dan Ustaz2 terencat akal dari Parti Ajran Syaitan dan penjilat2 dubor Pak Sheikh terkutok.

Anonymous said...

Yang membuat berita palsu memang tak guna patut disiat-siat kulitnya dan ditabur garam. Bukan tahu bersyukur pertolongan kerajaaan. Tak tahu kah pelajar kita di sana tu terdedah dengan berbagai ancamam, banduan, perompak, perogol dan sebagainya. Kalau anaknya atau saudaranya yang berada di situ, dah tentu dia yang pertama melalak kepada kerajaan minta dipercepatkan perpindahan. Inilah anak didik Parti Ajaran Sesat.

Anonymous said...

kilang penkaderan PAS kena tutup kat Mesir,,banyak ustaz ni balik kerja jadi ustaz kat sekolah perangai mcm anjing,,gigit balik tangan tuan yg bagi suap mrk,,kadang2 saya dan benci ssgt kat ustaz2 PAS ni,perangai tak matang

paya belukar said...

Bersyukur kepada Allah, Berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Bermuhasabah diri dan bertaubatlah sekiranya sebelum dan semasa berlaku konflik di Mesir terdapat perbuatan atau kata-kata yang membuatkan orang yang membantu tersinggung...

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah Kerajaan BN, Tahniah UMNO, Tahniah Najib. YB Senator DS Hj.Jamil Khir Baharom memang orang yang paling sesuai dan layak untuk misi bantuan ini, beliau membuktikan ilmu ketenteraannya dalam mendepani masalah besar di luar negara.

Waris Pelajar Malaysia-Mesir said...

salam, xde kene mengena pun pas atau pmram atau siapa2.. memang kenyataan yang jelas belum dibuat kerajaan. Hasilnya bila kenyataan jelas dibuat, tiada lagi fitnah kan? Itu lah yg di tuntut, kenyataan rasmi yang jelas.
Memang tanggungjawab pemerintah untuk membawa pulang rakyatnya, jika Pas memerintah pun, mereka akan lakukan yang sama. Jadi sekarang ni UMNO/BN memerintah, jd kenyataan yang jelas perlu dibuat mereka. Duit kerajaan pun duit rakyat dan amanah rakyat. Tanggungjawab pemerintah untuk selamatkan mereka.
Apapun bagi saya, saya tetap ahli PAS, yg di tarbiyah PAS..Alhamdulillah tenang dalam perjuangan PAS...

Buat kerajaan Malaysia, alhamdulillah, keputusan yang bijak dan adil untuk membawa pulang rakyat Malaysia. Andai semua keputusan/ tindakan dibuat bijak dan adil serta atas dasar taqwa, iman dan amanah, nescaya tiada yang akan memerangi kamu, bahkan menyokong kamu. Inilah kata2 seorang yang bergelar ahli PAS. Berjuang kerana Allah.

Ahmad said...

alamak!!..ibu bapa bertanggungjawab ke atas anak2nya..tang beri makan, jaga keselamatan, pendidikan tu jgn la nak bangga sgt..dah memang tanggungjawab!!..itu pun nak kecoh ke???..nampak sgt buat kebaikan nakkan nama, dipandang baik..sedarlah sikit..duit rakyat tetap duit rakyat..yg pemimpin tu buat keje!!..dah memang keje pemimpin le tu..lagi nak kecoh pulak..nampak sgt selama ni tido, rileks atas duit rakyat. bila dah agak2 org dah kurang keyakinan, baru gelabah terjaga dr lena nak buat kerja bersungguh..ikhlaslah kerana Allah..Allah maha melihat dan akan perhitungkan segalanya. Hindari sikap munafiq, jika selamat didunia, akhirat kekal didalam neraka selama2nya..TAKBIR..!!!