Wednesday, February 9, 2011

Yayasan Selangor Diterajui Seorang Bankrap - Bukti Terbaru Penyelewengan MB Selangor

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini ingin mendesak Menteri Besar Selangor membersihkan Yayasan Selangor dari individu bankrap yang masih berkhidmat dalam pengurusan kanan dalam Yayasan tersebut.

Yayasan Selangor ditubuhkan untuk membantu rakyat miskin di negeri ini dan sewajarnya kerajaan negeri melantik mereka yang amanah dan mempunyai intergriti dalam menguruskan yayasan ini. Melantik seorang bangkrap untuk berkhidmat adalah bertentangan dengan Akta Kebangkrapan 1967.

GAPS berpendapat kerajaan negeri seharusnya melantik anak melayu Selangor yang berpotensi dan berpengalaman luas dan bukan dari kalangan kroni atau mereka yang bangkrap. Kenapa kerajaan Khalid Ibrahim terlalu laih dalam soal intergriti yang selama ini menjadi modal menyerang lawan dalam mana-mana kempen pilihanraya ?

GAPS difahamkan individu berkenaan dikaitkan dengan notis kebankrapan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang melibatkan sebuah bank tempatan.

Perlantikan individu seperti ini juga adalah satu contoh dan bukti apa akan terjadi terhadap institusi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jika kuasa perlantikan itu diberikan kepada Menteri Besar.

Jikalau perlantikan pengurusan kanan Yayasan Selangor pun sudah kacau bilau, bagaimana rakyat boleh percaya kepada MB jika kuasa melantik SUK diberikan kepada nya ? Tentu akan bobrok lah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
019-2233405

No comments: