Tiba tiba terjadi berita panas semalam yang menggegarkan persada politik tanahair. Mengimbau kembali tarikh 26 Jun 2008, sewaktu kecoh seorang anak muda mengadu diliwat oleh Bossnya, tersebutlah kisah Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari Azlan.Tetapi kali ini membabitkan tayangan video seks seorang lelaki yang wajahnya mirip Anwar Ibrahim bersama seorang wanita warga luar negara…
Yang menjadi musykil dan pelik menambahkan sedikit keraguan…, kenapa orang disebalik penyiaran video ini tidak mahu identitinya dikenali..?? Menggunakan nama samaran Datuk T. Huruf T membawa pelbagai spekulasi, apakah T bermaksud TIADA [Tak Ada]..? atau T bermaksud Temberang…? Atau T bermaksud Tipu..??
Kita semua sedia maklum bahawa Anwar seorang yang pakar menipu sepertimana dia berbohong dalam isu 16 September.., menipu rakyat kunuunnya dia sakit belakang berkerusi roda tetapi sudah ada video klip membuktikan sebenarnya didalam penjara beliau sihat dan tidaklah sakit.., jangan juga lupa pada awal era penahanan Anwar di penjara Sungai Buloh beliau juga menipu isu keracunan Arsenik sehingga ramai yang menitiskan airmata diperdaya Anwar akan mati rambutnya semakin gugur, kulitnya semakin kering….
Apa hubungan Datuk T ini dengan Anwar sehinggakan membuat “ugutan” mahu paksa Anwar berhenti dari dunia politik..?? Apakah ancaman yang dihadapi oleh Datuk T sekiranya Anwar aktif dan terus berpolitik..??
Adakah Datuk T ini pernah cuba meminta Anwar “selesaikan” sebarang tuntutannya sebelum ini dan menemui jalan buntu..? Maka tidak ada pilihan terpaksalah membuat tayangan perdana kepada beberapa “orang terpilih” menonton aksi ranjang seks Anwar Ibrahim…
Mentafsir teori mudah, Datuk T ada private deal dengan Anwar tetapi gagal atau mungkin Anwar tak mahu layan “permintaan” Datuk T..? Itulah sebabnya tempoh seminggu yang agak lama diberikan mungkin sebagai “peluang” untuk Anwar selesaikan apa yang tersimpul diantara mereka berdua, jika tidak Datuk T akan bogelkan Anwar..?
Menurut cerita seorang wartawan yang berpeluang menonton kehebatan Anwar beraksi dalam video seks itu, cara rakaman itu dibuat dengan penuh teliti dan terancang… Rakaman dibuat dari empat sudut berlainan.Tambahnya lagi, sebelum wanita yang melakukan hubungan seks itu menjalankan peranannya, seorang lelaki lain telah masuk kebilik “perang” tersebut terlebih dahulu. Namun lelaki tersebut bijak melindungi raut wajahnya daripada dirakam oleh kamera menunjukkan dia tahu dimana letaknya dan kamera kamera tersebut. Lelaki itu dilihat seperti memberikan “taklimat” kepada wanita tersebut sebelum melangkah keluar dari bilik “perang” tersebut. Setelah itu barulah kelihatan seorang lelaki lain masuk dan wajahnya saling tak tumpah dengan wajah Anwar Ibrahim…
Kami cabar Datuk T buktikan beliau bukan seorang Penipu seperti Anwar…! Datuk T juga harus jujur untuk mendedahkan salah laku Anwar dan tak perlu dengan permainan ugut mengugut seperti ini kerana anda dilihat mempunyai agenda tersembunyi mahukan “sesuatu” dari Anwar..!!
Sekiranya Datuk T benar benar mahu Anwar berhenti dari dunia politik, sebarkan video tersebut sepertimana nasib Chua Soi Lek, biar rakyat marhaen saksi dan tonton sendiri video video itu dan mereka mampu menjadi penentu mengesahkan samada lelaki dalam video itu Anwar ataupun bukan… Sudah pasti sekiranya video seks Anwar disebarkan sepertimana berlaku keatas Chua Soi Lek, seluruh rakyat negara ini akan menerima berita Anwar letak jawatan dan akan berundur dari dunia politik…!!
Kupasan teori dari sahabat Blogger GAP, klik sini.
Tontonilah video klip ini bukti Anwar Bapa Pembohongan Negara…!!!
2 comments:
tian chua? tony phua? takkan Tok guru nik aziz kot ? hahaha
Aku respect Keikhlasan Datuk Chua Soi Lek, itu baru gentlement mengakui kesilapan dan "rehat" buat sementara dari dunia politik selebihnya rakyat yg menentukan.
Anuwar mungkin kali ini dia terfikir dirinya seorang islam dan melayu, patut ada rasa malu dan matian cover sotries, 3 tahun dulu terlalu takbur, enjoy partying, rasa kebal dan asyik bermimpi kerana perasan lebih nak jd PM oopss Presiden. Gamaknya akibat dari seronok terlebih itulah makan diri beliau sendiri dan cuai.
Kali ini kita semua tidak nampak Nurul Izzah? Dimana dia sekarang? Lari ke mana?
Aku berpendapat kalau sebgai anak sekali pun pasti hati terasa was was terhadap bapa jika ianya berlaku dan hati kini berperang untuk menerima atau menidakkan.
Yg menjadi mangsa anak-anak serta cucu. Mungkin dgn wang yg melimpah ruah mereka boleh berada jauh di AMerika tapi bila mereka kembali cakap cakap itu pastinya ada.
Post a Comment