Sebelum meledaknya perhimpunan massa, kebangkitan rakyat berhimpun di Masjid Negara pada 20 September 1998, tidak ada siapa menduga ianya akan benar benar berlaku kerana berpuluh puluh tahun lamanya negara kita ini aman tanpa ada perkara sedemikian terlihat didepan mata...Never ever under estimate Anwar Ibrahim...!!
20 September 1998 telah terbukti rakyat “terpedaya” dengan tipu helah mantan Timbalan Perdana Menteri. Beliau berjaya membawa rakyat melakukan sesuatu yang belum pernah terbayang ianya mampu dihasilkan. Ketika itu, negara jiran Indonesia turut sama mendepani demonstrasi rakyat menggulingkan kerajaan Suharto. Apabila ditanya secara rambang, semua rakyat Malaysia bertegas tidak mahu situasi sebegitu mencemarkan keharmonian negara kita yang aman damai walaupun kita semua berbilang kaum dan berbeza agama.
Seterusnya “roh” Anwar bersemadi dihati rakyat, obor perjuangan penyokong penyokongnya berterusan walaupun selepas tanggal 20 September 1998 Anwar sudah menjadi warga penjara Sungai Buloh. Demonstrasi diadakan setiap hari Sabtu di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur mengundang kesibukan pihak PDRM menjaga keamanan dan akan berlakulah beberapa tangkapan keatas penyokong penyokong yang mempercayai bahawa Anwar dipihak yang benar...
Budaya turun ke jalanraya berdemo dan memprotes sudah mula menjadi satu budaya dan amalan juak juak penyokong pembangkang dinegara ini. Biarpun selepas pembebasan Anwar Ibrahim pada 2 September 2004 keadaan dilihat agak sejuk namun begitu apabila hampir dengan Pilihanraya Umum ke 12 2008, agenda mengheret rakyat kembali semula.Jangan lupa untuk kita lihat semula satu perarakan besar besaran para peguam ahli ahli BAR Council di Putrajaya..! Sebenarnya, disinilah titik tolak bermulanya pembabitan rakyat bukan melayu. Kalau ditelek pada penyertaan mereka, ramai wajah wajah pemimpin pembangkang dikatakan menjadi dalang kepada peristiwa ini.
Selepas itu, semakin menjadi jadi tindakan meneruskan budaya yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim yang berjaya menyaksikan lautan manusia yang mampu meransangkan penyertaan rakyat marhaen menjadi saf saf kepada agenda berdemonstrasi dinegara kita ini, contoh terbaik Demo BERSIH.Malah, baru baru ini Ahli Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang berjaya juga diliwat minda mereka agar berkelakuan seperti monyet monyet di Zoo mencemarkan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia..! Gara gara mahu berdiri teguh dibelakang makhluk bernama Anwar Ibrahim, wakil wakil rakyat pembangkang tergamak dicucuk hidung menjadi badut suruhan Anwar..
Hari ini, pelbagai kebathilan sudah terserlah yang bisa membuatkan Anwar menjadi semakin tersepit dan terdesak. Satu demi satu..., bermula dengan kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Ini membuka ruang untuk rakyat melihat sendiri siapa Anwar Ibrahim, the real Anwar!
Untuk melepaskan tengkuknya, Anwar akan mengheret orang lain terpalit dengan masalahnya. Bermula dengan Pembohongan 16 September 2008, kelakuan Anwar semakin membuka pekong yang selama ini tersembunyi apabila semakin ramai wakil rakyat PKR tinggalkan perjuangan penuh pembohongan Ketua Umum PKR itu... Fikir sejenak! Bilangan wakil rakyat PKR samada ADUN mahupun Ahli Parlimen PKR umum keluar parti, tetapi tidak seorang pun dari PAS dan DAP tinggalkan parti masing masing. Jelaslah bahawa PKR hanyalah kosmetik yang digunakan oleh Anwar untuk mencapai cita cita peribadi, mahu jadi Perdana Menteri at any cost..!!Dalam keadaan semakin tersepit dengan pembongkaran video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang bernama Anwar Bin Ibrahim, apakah tidak mustahil seandainya beliau mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin..??
Dengan segala “keistimewaan” yang diberikan kepadanya, bebas keluar negara... tidakkah terdetik dalam hati Anwar untuk mendapat suaka politik dari “ramai” pemimpin luar negara yang mempunyai hubungan baik dengan beliau..??
Kepada Menteri Dalam Negeri..., “tepuk dada tanya selera..!!”
4 comments:
Dia nak lari?
Siapa berani tahan dia?
Dia datang dari depan. Kena.
Dia datang dari belakang. Kena.
Dia datang dari sisi. Kena lagi.
Terlentang atau menyarab ... kena tetap kena. Tak terlawan tetap tak terlawan.
AKU PUN HERAN KENAPA KDN TAK TAHAN PASPORT NUAR, KALAU ORANG LAIN YANG TERLIBAT DENGAN KES KES BESAR MACAM NI COMPOM DAH KENA
HISHAMUDIN NI ADA TELOQ KA ??? NGANGA LAGI
TERma kasih..Datok-datok Mr. T...semoga panjang umur
DARAH TUAH
Elok sangatlah dia lari ... jangan balik-balik lagi. Aman negara. Tak ada demo lagi, tak ada video seks lagi ... tak ada liwat lagi. tak ada orang yang diperbodohkan lagi. Satu orang punya pasal, negara jadi kacau-bilau. Pergilah sayangku Anwar ... walaupun berat hati ini, ku relakan kepergianmu. And make sure you don't come back ... ever!That's the only contribution you can make for the good of the country.
Post a Comment