Tuesday, April 12, 2011

Update 15 Sarawak OMEGA News – JOM Ubah..?? Pakatan Guna Ayat Jom Seperti Kanak Kanak Ajak Bermain....

Sementelaah mendengar ucapan Datuk Seri Utama Rais Yatim sewaktu berkempen di Kuching, beliau memang bijak menanamkan fahaman sihat dalam mentafsir sesuatu ayat yang di cuba gunakan oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang.

Jom Ubah...! Itulah slogan yang kini guna pakai oleh pengikut pengikut fahaman Anwarisme yang membiarkan minda mereka diliwat oleh si Anwar OMEGA. Namun begitu, menurut Rais Yatim perkataan JOM sering digunakan oleh kanak kanak untuk pergi bermain main..., sekaligus menggambarkan pelawaan Pakatan Pembangkang sebenarnya tidak serius!

Oleh itu rakyat Sarawak harus berhati hati dan jangan terpedaya dengan pelawaan main main Pakatan Rakyat kerana di Semenanjung Malaysia, rakyat sudah terpedaya... Di Pulau Pinang, Selangor paling ketara kepincangan pentadbiran kerajaan Pakatan.

Malam kelmarin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah berjaya menarik ribuan hadirin penduduk serta pengundi Kampung Telaga Air yang berada dibawah DUN Pantai Damai. Dalam satu majlis bersama rakyat, beliau turut mengumumkan akan segera melancarkan kemudahan Wi-fi dan pengumuman tersebut menjadikan Kampung Telaga Air bakal menjadi Kampung Wi-fi tak lama lagi....

Berikut adalah rakaman program Rais Yatim Bersama Rakyat Kampung Telaga Air;

Yb Dr Abdul Rahman Junaidy yang bertanding mempertahankan kerusi DUN Pantai Damai menyampaikan ucapan kata kata aluan;

Datin Seri Maznah turut sama hadir dan beliau lebih selesa untuk bersimpuh bersama rakyat..

No comments: