MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, May 3, 2011

Rafidah Aziz Mulot Becok Boleh Senyap Tak...? Agak Agaklah Kalau Nak Bersuara Pun…

Wah! Bukan main seronoknya Kak Fidah lepaskan geraaaammm…!!

Apabila beliau diundang untuk merasmikan Mesyuarat Agung Wanita Bahagian Cheras, tanpa mensia-siakan peluang terus membuat “serang hendap” terhadap Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Nampaknya Kak Fidah masih ‘kecewa’ dengan kekalahan bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO tempoh hari…

Kak Fidah nampaknya rimas dengan usul Datuk Seri Ketua Wanita yang mahu kuota 30% untuk calon Wanita pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan menjelma tak lama lagi. Namun menurut Kak Fidah.., Pergerakan Wanita UMNO tidak perlu meminta pucuk pimpinan parti supaya memperuntukkan lebih banyak kerusi pada PRU ke-13 ini.

"Bagi sahaja senarai calon Wanita UMNO kepada pucuk pimpinan, kalau ada rezeki tidak ke mana. Perpaduan dalam parti lebih penting, tolong jangan susahkan pucuk pimpinan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat tersebut…..

Dalam pada itu, Kak Fidah turut menggesa supaya Wanita UMNO memberi keutamaan untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti dan program di peringkat akar umbi dan bukannya menganjurkan program bersifat 'syok sendiri'.

Apa…? Program Syok Sendiri..?? Agaknya Kak Fidah tak cukup tidur atau pun kemungkinan tidak sihat sewaktu berucap!

Apakah beliau tidak sedar bahawa Pergerakan Wanita terbukti merupakan tunjang kepada kekuatan banyak program mendekati rakyat lebih lebih lagi sewaktu berlangsung beberapa siri Pilihanraya Kecil seperti di Manek Urai, Bagan Pinang, Tenang dan Kerdau…

Program Wanita berjaya dilaksanakan dengan begitu berkesan sekali terutamanya dengan kemunculan Skuad Sayang yang memang meletakkan kepentingan rakyat selaras dengan slogan YAB Perdana Menteri, “Rakyat Didahulukan”.

Dimanakah letaknya justifikasi Kak Fidah mahu melabelkan program program anjuran Wanita UMNO bersifat syok sendiri..??

Tidakkah Kak Fidah malu pada dirinya sendiri bahawa setelah beliau tidak lagi menerajui sayap Wanita UMNO, aktiviti sayap ini semakin mantap dan banyak membawa sokongan rakyat golongan kaum hawa kembali kepada parti keramat kita ini..? Kenapa Kak Fidah harus ada rasa tidak selesa dengan pencapaian yang diperolehi oleh Wanita UMNO selepas beliau bukan lagi menjadi Ketua…?

Seharusnya Kak Fidah melihat dari sudut positif bahawa usul yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Shahrizat untuk kebaikan sayap wanita itu dalam parti. Sebagai menghargai segala penglibatan dan sumbangan ahli ahlinya maka Shahrizat bertindak untuk kepentingan sayapnya itu dan bukan untuk kepentingan diri sendiri… Berbeza dengan sewaktu era Kak Fidah menjadi Ketua dimana hanya beliau seorang sahaja yang menonjolkan diri!!

Jesteru itu, Kak Fidah dinasihatkan untuk memberikan sokongan agar peranan ahli ahli dan pucuk pimpinan sayap Wanita UMNO diperbanyakkan lagi dalam mengukuhkan kekuatan parti UMNO seterusnya jentera kerajaan Barisan Nasional. Janganlah mahu menyanggah pandangan yang boleh membawa manfaat kepada sayap wanita ini…, ibarat mahu melepaskan apa yang terpendam didalam hati yang terbuku setelah ditolak oleh perwakilan sayap itu ketika Kak Fidah bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, maka Kak Fidah pun berkokok “just for the sake of giving negative comments…”

Blog Medan Info Kita mahu mengajak anda semua berkongsi laman berita yang menunjukkan bahawa aktiviti Wanita UMNO yang menggambarkan peranan penting dimainkan oleh mereka khususnya ketika kempen PRK;


Sila klik sini.., sini…, dan sini

10 comments:

Anonymous said...

orang tua ni dah ketinggalan bas......

Anonymous said...

Huduhnya orang tua melalak....

usin said...

mana x tertinggal bas, tiket x dpt beli sbb dh abis. tu yg dia meroyan tu...

Anonymous said...

inilah masalah org umno... busuk hati sesama sendiri. buat rakyat jadi jelak dan muak. knp nenek rafidah tak hentam pkr, dap dan pas? takut kena saman?

Anonymous said...

syndrome menopause ler tu....

koyok said...

kah!kah!kah!becok2 pun betul jugak apa dia kata.. apalah ko orang bangang sangat.sharizat punya term dh nak expired...itu bukan letak jawatan namanya...tololnya orang umno ni...patutlah duit rakyat kena sapu pun angguk2 geleng2 jer...

Neilkie69 said...

Kesian dia, harap-harap Kak Fidah kembali normal dan dapat merenung kembali Wanita UMNO di zaman dia dengan Wanita di zaman Kak Ijat...bagaimana dengan isu AP? AP?...elok kebenor kalau Kak Fidah berkongsi bantal dengan Syed Ali di Cheras ek...rupanya depa mempunyai MINPI YANG SAMA...

man on da street said...

A has been , sour grapes, diri sendiri pun terpalit taik kat punggung, orang tua tak sedar diri!. Jawab dulu isu saham yang di beri kat menantu, isu ap yang di beri kat kroni bertahun tahun lama nya. Memang pompuan kiasu! Dulu sewaktu kalah ngan Zaharah, cam ni lah jugak perangai dia, kalah ngan Shahrizat, nampak nya lebih teruk lagi si nenek tua si bongkok tiga ni. Udah udah lah orang Kuala Kangsar pun dah naik menyampah ngan awak, ni kan pulak pergerakkan wanita. Dia ni hanya tahu memecahbelahkan pergerakkan wanita dan mengisikan kroni nya saja! Tengok gambar ngan mulut cebik menangis, benci betul lah , hodoh nampak sekali! Konon ahli parlimen berjiwakan BN , apa kejadah nya tak dengar suara pun dalam parlimen, a classic example of makan gaji buta! Mana kesetiaan anda sebagai ahli parlimen BN? Mengutuk orang pandai, diri sendiri, cermin cermin lah oran tua nyanyok!

Anonymous said...

TS Rafidah aziz tak usahlah nak mengkeritik dato Shahrizat selepas tidak memegang lagi memegang jawatan KW. Jadilah penyokong Yang baik.

Anonymous said...

Apa pun kak Fidah, you punya keluarga semua nya kaya kaya.

Kak Fidah pun sampai hari ini pun belum lagi menjawab tentang AP.

Bila lagi nak jawab.

Mungkin saya akan sarankan Kak Fidah di-jemput lagi ke mesyuarat Pergerakan Wanita Bahagian untuk berikan peluang menjawab soalan tentang AP ini.