Wednesday, June 15, 2011

Aturcara Menjadikan Khir Toyo KAMBING HITAM Politik Semakin Jelas…!!


Dalam perbicaraan kes mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohamad Khir Toyo semalam, “star witness” Pendakwaraya, Datuk Shamsuddin Haryoni tidak hadir mengakibatkan ramai wartawan media kecewa…

Namun begitu, ikuti sedikit ulasan daripada Mahkamah Shah Alam yang disiarkan dibawah ini;


Saksi Pendakwaraya Dibawa Lari Ke China…?

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mokhtarudin Baki, semalam menyelar saksi pendakwa raya, Long Kieh Chet dari Henry Butcher yang memohon penagguhan sesi soal balas kerana ada penerbangan ke China pada sebelah malam.

Hakim yang membenarkan permohonan tersebut tetapi mengingatkan saksi bahawa beliau melakukan sesuatu yang sangat tidak wajar dan boleh dikenakan waran tangkap.

Sebelum itu saksi ini juga ditegur kerana tidak boleh berbahasa Malaysia dan banyak bercakap dalam bahasa Inggeris.

Seorang pemerhati yang enggan dipetik menyatakan bahawa tindakan Pendakwa Raya memanggil saksi tersebut biar pun mengetahui beliau akan China pada malam tersebut merupakan tindakan bermotifkan politik.

"Dengan memanggil sebelah petang Pendakwa Raya mengetahui bahawa saksi tersebut tidak akan berhadapan dengan soal balas dalam masa terdekat. Ini akan membolehkan media melaporkan kenyataan sebelah pihak sahaja esok hari."

"Saya percaya media akan membesarkan kenyataan tersebut sebagai satu kenyataan yang benar walaupun ia hanya disoal oleh sebelah pihak sahaja."

Bagaimanapun sebelum itu, Loong menyatakan beliau menilai hartanah Dr. Mohamad Khir pada tahun 2009 kerana diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Nilaian ini dilakukan berasaskan keadaan hartanah tersebut pada 2007. Ini dilakukan dengan mengambil kira laporan oleh Rahim & Co, harga hartanah sekitar, tinjauan selepas rumah siap dan harga penilaian daripada Jabatan Penilaian Harta dan Tanah Selangor."

Loong memberitahu Mahkamah, berdasarkan gambar-gambar yang diberi kepadanya, beliau menganggarkan rumah tersebut antara 50%-60% siap ketika transaksi dilakukan pada tahun 2007.

Menurut saksi, " ....we can value as 2007 provided information of the prop at the time was made available to us."

Berdasarkan itu Henry and Butcher menganggarkan harga hartanah tersebut pada 2007 ialah RM 5.55 juta.

[Pendakwa gagal memasukkan dokumen penilaian oleh Rahim & Co atas alasan terlupa bawa].

This post was submitted by lawyer cabuk. - Sumber:
My KMU

No comments: