Monday, June 13, 2011

Benarkah Setpol Najib – Datuk Shahlan Ismail Dalang Bocor Maklumat Kepada Adiknya, Saifuddin Untuk Fitnah Rosmah…??

Air dicincang tak akan putus…!

Begitulah bunyinya pepatah bahasa turun termurun yang kita pelajari semenjak kita dibangku sekolah lagi. Pepatah itu yang membawa maksud pertalian saudara adik beradik dan anak beranak itu terlalu kuat jalin ikatannya…!!

Salah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri kita adalah Datuk Shahlan Ismail. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dari Universiti Malaya, mula dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Najib di Kementerian Pendidikan pada 1995 hingga 2000.

Shahlan kemudian menjadi Pegawai Khas kepada Najib dari 2000 hingga 2004 di Kementerian Pertahanan sebelum menjadi Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri selepas itu.

Menurut rekod, sudah sekian lama Shahlan berkhidmat dibawah Perdana Menteri semenjak Najib belum lagi menjadi Ketua Kerajaan Malaysia….

Salah seorang adik kandung Shahlan pula adalah orang paling kanan Anwar Ibrahim. Siapa tidak kenal dengan nama Saifuddin Nasution Ismail…? Saifuddin sekarang ini tunjang kekuatan Anwar dalam PKR sebagai Setiausaha Agung parti. Beliau juga adalah wakil rakyat Ahli Parlimen Machang Kelantan.

Unik bukan..? Abangnya menjadi orang penting Najib manakala adiknya pula menjadi ayam tambatan Anwar Ibrahim!

Namun begitu terserlah dua perbazaan karektor dan sifat diantara kedua dua insan ini…, Saifuddin agak agresif dan ofensif dimana abangnya pula diam tak bersuara!

Saifuddin saban hari berceramah hampir keseluruh negara dan apabila diatas pentas bahan cacian dan serangannya adalah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Tatkala abangnya Shahlan menjadi pegawai kanan Najib, Saifuddin pula menyerang Boss abangnya itu….

Disini boleh timbul keraguan dengan bahan isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh Saifuddin itu sendiri. Cara pengolahan dan kupasan mengenai sesuatu isu itu nampak sangat kemas dan dapat dirasakan maklumat yang diterima oleh Saifuddin memang datang dari pejabat PM sendiri…

Dibawah ini nanti, anda akan berpeluang menyaksikan video klip petikan salah satu ceramah Saifuddin yang “membongkar” aktiviti Rosmah dan Najib diluar negara….

Begitu konfiden dan seronoknya Saifuddin bercerita dan mendedahkan beberapa perkara berikut…;

1. Lawatan Najib dan Rosmah ke Pameran Biotech di Bouston Amerika Syarikat
2. Rosmah membawa 20 orang pengiring semata mata mahu “shopping handbag” dan akhirnya sebanyak 74 beg tangan dibeli…
3. 20 pegawai tersebut terpaksa membuat tinjauan dahulu sebelum membawa Rosmah membeli belah
4. Urusan membeli belah di Los Angeles memerlukan kenderaan sebanyak 15 buah kereta
5. Datuk Seri Najib membawa rombongan bermain golf di Bouston dimana kos “green fees” untuk kesemua 15 flights ditanggung oleh Menteri Kewangan Diperbadankan…

Bagaimana Saifuddin boleh memperolehi maklumat maklumat eksklusif sebegini tepat..? Siapakah dari dalam pejabat Najib yang tergamak untuk membekalkan maklumat kepada Saifuddin..??

Akan bersambung lagi…., sementara itu dipersilakan tonton video klip petikan ceramah Saifuddin dibawah ini;


18 comments:

Anonymous said...

75 bukan 74 buah..

Anonymous said...

Datuk Shahlan Ismail tolong jawab...

JKKKK Kota Sarang Semut said...

aku dah agak lama dah...

Anonymous said...

kau pun asal UMNO juga belasah juga apa yang ada, bila jawatan sudah tiada semuanya dipandang hina...piraaaaaaaaah kau pun sama jugak

kau dapat maklumat daripada Shahlan abang kau kan

harap Najib bela lagilah Shahlan tu

Anonymous said...

maknanya betul la ...pembaziran dan salah salu tuh berlaku....

Anonymous said...

Haha...ape nk kecoh...ni tipu je semua...saifuddin nasution itu kelentong je,tu pun korang nak percaya..tak kn la rosmah boros mcmtu..rosmah kn ke zuhud,contoh wanita muslimah yg solehah,taat agama dlm malaysia ni,next time bagi dia anugerah sbb sumbangan nyer yg besar dlm Islam...cer masuk rncangan astro baru 'ustazah pilihan',bly menang tuu..

Anonymous said...

'Imelda' Najib

zahari1950 said...

Betulkeni?... rasa-rasanya dah banyak kali dah diani menipu dan temberang. Menokok tambah dan temberang dah jadi asam garam dia dan bosnya. Jadi serasilah bos dengan setiausaha. Isu altantuya, isu kapal selam, kini isu Datin Seri Rosmah. Tak nak jadikan isuke mungkin tandas, katil, cadar, selimut, stokin dan lain-lain yang digunakan oleh PM dan isterinya. Kemana agaknya Datuk Najib nak habiskan gajinya yang berbelas ribu sebulantu. Sepatutnya Datuk Najib tak payah ada gajilah. Tidakpun kalau dia berbelanjapun orang tuduh guna duit kerajaan juga. Bila seseorang itu jadi PM, dia kena ceraikan isterinya kerana jika kesana kemari bersama isteri dijadikan modal kononnya isteri ambil kesempatan. Tapi Nasution ni pernah tak mengira kewangan bosnya. Mata datang wang mungkin dah berbilion dia dan Anwar dah gunakan untuk parti PKR, pemilihan ranting dan cabang, Pebelanjaan PRU, ulang alik keluar negara. perbelanjaan peguan dan perbicaraan dan bermacam aktiviti lagi. Tolong bagi laporan oditnya.

Wake UP! said...

Kalau begitu, pecat je si pukimak anak haram tu.

anak kel said...

ya ka 75 buah aku rasa 1001 buah.

NasrulSafiq said...

Salam sejahtera Selangor Bangkit,

Ulasan dan keprihatinan yang baik. Umum tahu YAB PM berperibadi mulia.

Teruskan menulis.

Anonymous said...

maknanya..smuanya betul la...
teruknya mama rosmah ni

Anonymous said...


Mungkin info yg dia bagi pada adik dia tu sipi-sipi aje secara borak-borak santai ahli keluarga, tapi si adik pulak ambil peluang untuk menokok tambah dan sensasikan cerita tu.

Bagi tau je pada Rosmah. Gerenti dia diberhentikan dlm masa 24 jam!

Anonymous said...

ak rse datuk shahlan ni dah lame idup agknye..mcm mane pemilihan pegawai atas kerajaan dipilih? xde ketelusan ni.xjujur.

manjung said...

Kenapa 75 sikit je tu. Alang2 membeli biar le 100 ke baru gempaq.Nampak sangat muka katak puru ni kelentong. Tak habis nak buat fitnah tak takut dosa ke... pelik pelik...manusia bernama nasution. Apa bangsa dia ekk...

Anonymous said...

salam.pd pendapat saya,lebih baik jgn main tuduh sebarangan.saya sesungguhnya x menyokong mne2 pihak.disebabkn isi2 ceramah dato' saifuddin tampak kemas dan padat,terus terfikir akan maklumatnya mungkin disamapikn oleh abgnya sendiri,dato' shahlan.saya rasa kita semua x kenal hati budi,orangye lagi sedalam-dalamnya.jgn terlalu cepat mentafsir keadaan dgn hanya melihat sumber media massa atau cetak sahaja.don't judge a book by its cover.fitnah lebih buruk dari membunuh.Wallahua'lam.

Anonymous said...

to me..kau ni cheap blogger lah, dah tak ada idea lah tu..perkara yang betol mmg lah blogger mcm kau ni tak suka..mengampu je pandai.Setahu aku lah..saifuddin ni jenis org yg ada prinsip..dulu2 dia dlm umno bkn calang2 org jgk..knape kau dengki dgn 2 bradik ni? kau nak jd setpol najib pulak ke? kau nak..cakap je kat rosmah tu..sure dia suke kau..kaki klentong mcm dia jgk!!! apa yg saifuddin ckp ttg rosmah tu mmg betol lah kan..itu yg kau tak suka kan..perangai big momma kau didedahkan..betol tak wahai mr cheap blogger???

Anonymous said...

tak payahlah nak melaga-lagakan org. kalau betol dato shahlan tu dalang, kenapa najib masih percaya pada dia? jangan menuduh sebarangan wahai blogger murahan. kalau tak tahu cerita, jgn memfitnah. kalau betul shahlan tu jahat, kenapa daripada pegawai khas di kementerian pendidikan lagi najib tak pecat? itu kehidupan rosmah, pegi pon bawa bodyguard ramai. mustahil salah sorang tu tak bocor rahsia?

yang lain pon tak payahlah nk percaya membuta tuli, hanya org yg ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu apa yang berlaku dan siapa punya angkara. Wahai blogger, jumpalah kamu di akhirat sekiranya kamu tidak sempat memohon maaf. mcm ni lah orang Melayu, suka mengutuk dan menjatuhkan kaum sendiri.