MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman Salahkan UMNO...! Tindakan JAIS Atas Arahan UMNO....!!

Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.” Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

“Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut,” katanya.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

“Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

8 comments:

Anak jati Johor said...

Bodoh ke apa Bob Lokman nie...mesti laa kena ada tauliah agama kalau tak ada ibarat bawa kete takde lesen...nak menulis lirik pun kena ada tauliah kalau tak da mcm mana nak buat lirik yng berkualiti...otak sempit laa kau nie Bob...badan aje besar tapi otak kecik dari matanya...

Anonymous said...

apala bebal si sponge bob ni.TAULIAH diperlukan untuk memastikan sipenceramah bukan"tin kosong".Ini utk memastikan ceramah yg diberi tidak terpesong dari ajaran ISLAM.Cuba pikir sikit kalau org yg bg ceramah macam ayah pin,apa akan jd.Ada pikir tak tu semua.jgn asyik nk salahkan org lain je.badan je beso akai xde

Anonymous said...

aku pun pelik aaa....

nape la PAS ni suka sngat angkat kaki botol ni jadi ikon agama islam...

ada beribu luar sana ustaz2 yg bekelayakan, tahfiz, hafazan dan lepasan al-azhar...

kalau tanya aku pun ada ramai kawan2 ustaz yg boleh ceramah agama...

kenapa laaaa pegi amik bekas kaki botol utk ajar agama...

betul la kata nabi saw, akhir zaman nanti ahli agama diangkat bukan dari kalangan...

tak sangka pas yg memulakan hadis nabi saw tu.....

Anonymous said...

ckp bongok marah....nilah org kate dunia akhir zaman..bila org yg xde ilmu agama yg tinggi utk memandu ummah kejalan yg lebih baik...dan kalau bleh bawak ke jalan yg lebih baik dn x memecah belahkan ummah tu satu hal..tp ni x...lagik memecah kan ummah...berbebal-bebal jugak lu nie....xkan nk dok harap duit sumbangan org jerr bro!!!!...org yg menyumbang tu plak ntah mampu ntah x.....aduihhhhhhhhhhh..

Anonymous said...

bob2...sian sungguh kt dia ni. salah menuntut..

Anonymous said...

Masa dulu masa awak tengah jadi hero tak de sesiapa pun melarang awak apa yang awak nak buat,walau pun pas,sebab mereka pandang awak bodoh sombong dan tongong,sekarang awak cuba nak buat baik tapi ada juga orang yang menghalang,sebab orang yang menghalang awak tu tahu yang awak tu bodoh dan bahalul.awak belum layak lagi nak beedakwah.

Anonymous said...

Btul bro, org agama prlu diangkt mjd pmimpin..tp pnah juga sseorg bgtau saya dlm umno juga tdpt org agama pun tak berani tegur pimpin kalau mrk buat salah..betul ke bro?

Anonymous said...

ape kate kite dgr dulu ape yg die ceramahkan sebelum buat kesimpulan...