MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Friday, October 28, 2011

Datuk Michelle Yeoh Akan Sertai Barisan Nasional - BN Perak....!!

Semalam heboh diperkatakan mengenai kisah bintang filem bertaraf antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh akan menceburi dunia politik, Blog MIK pun turut sama memuatkan cerita ini, klik sini.

Kini desas desus kedengaran pula Michelle Yeoh akan memulakan langkah politiknya di Ipoh Perak, tempat kelahirannya... Ibu Michelle, Datin Janet Yeoh. tidak menafikan ada mendengar berita ini daripada kawan kawannya.


Manakala bapa Michelle, Datuk Yeoh Kian Teck adalah orang kuat MCA yang juga seorang peguam dan ahli perniagaan yang sangat dihormati dibandar Ipoh.


Baguslah sekiranya Michelle berhasrat membantu polotik tanahair lebih lebih lagi mengembalikan sokongan undi kaum cina yang semakin menjauhi sokongan mereka terhadap BN. Ikon baru seperti Michelle mungkin boleh menarik sokongan pengundi generasi muda yang mudah terpesong kearah menjulang pimpinan DAP seperti Teoh Nie Ching, Hanna Yeoh, Teresa Kok dan lain lain lagi.


Sekiranya benar Michelle Yeoh terjun kedalam dunia politik menjelang PRU ke 13 ini, ia akan memeriahkan lagi penyertaan artis artis setelah Bob Lokman, Sham Kamikaze, Ustaz Akhil Hayy dan Wardina Safiyyah berbuat demikian terlebih dahulu.....

5 comments:

Anonymous said...

Wah Dato Michelle Yeoh masuk MCA/BN. Crouching tigress hidden dragon ni. Baham DAP dato! Teringat iklan Anelene dato fasih BM.

Jebon Tua said...

Pembetulan, akhill hayy bukan ustaz, dia kaki setat anak dara orang sampai tinggal anak bini berbulan2. Terima Kasih.

Anonymous said...

Apa nak hairan kalau Michael Yeoh masuk BN. Dia anak kelahiran Malaysia. Yang aku hairan macamana Bangla dan Myanmar boleh jadi ahli UMNO???

Anonymous said...

anon 3..nanti pegawai n pmimpin umno akan jwb...kita xpernah buat kerja jahat n kotor mcm itu...rakyat akan percaya jwpan mrk....

Anonymous said...

she just a actress, she just performing a story that's about The Lady. please do not misunderstand.