Saturday, October 8, 2011

Kakak Ipar Datuk K Pernah Kena Cekup Berdua -duan Dengan Kekasihnya Dalam Kereta Di Balakong...!!

Mohd Ghazali Yahya Zikri, menyifatkan dirinya sebagai seorang suami yang dayus jika ‘enggan’ menuruti permintaan Saida [kakak kepada Dato Siti Nurhaliza] atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 35, untuk diceraikan...

Pasangan tersebut bernikah pada 14 Disember 1996 di kampung halaman kakak Penyanyi Nombor Satu Malaysia itu di Kuala Lipis, Pahang dan dikurniakan empat anak, Siti Nuruunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4.

Ghazali yang sebelum itu tidak begitu gemar membuka mulut mengenai masalah rumah tangganya, akhirnya bersuara apabila mendakwa isterinya, Saida sedang 'angau' dengan rakan sekerjanya bernama Hafiz Che Mat.

Dia juga mendakwa, pernah berjumpa Saida dan lelaki itu di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini dan pernah membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) perkataan sayang dan rindu pada telefon bimbit isterinya selain bil telefon menunjukkan mereka berbual dalam tempoh berjam-jam.

Mohd Ghazali seterusnya menambah, 'anasir luar itulah' yang telah menyebabkan Saida mahu bercerai dan bertindak keluar daripada rumah kelamin mereka di Alam Damai, Cheras.

Keengganan Mohd Ghazali menceraikan Saida juga menyebabkan mereka melalui proses hakam sebanyak tiga kali dan semuanya gagal mencari jalan penyelesaian dan berpendapat perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan.

Meskipun telah beberapa kali naik turun mahkamah, Mohd Ghazali tetap berkeras bahawa dia tidak akan melepaskan Saida dan berhasrat mahu membawa isterinya menunaikan umrah, bagaimanapun pelawaan itu ditolak oleh Saida.

Akhirnya..., semalam bekas bintang Akedemi Fantasia musim ke 6, Saida sah bercerai talak satu pada Jumaat, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali yang merupakan seorang ahli perniagaan tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbangtara) yang dilantik untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Mohd Ghazali juga menolak saranan yang diutarakan oleh Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi supaya kedua-dua pihak bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain sebelum lafaz cerai dibuat kerana berpendapat perkara itu tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun, Saida menuruti saranan tersebut dan terus menuju ke arah Mohd Ghazali serta menghulurkan tangan untuk bersalaman, namun ia tidak disambut oleh suaminya.

"Sampai hati awak buat macam itu kepada saya," kata Mohd Ghazali manakala Saida hanya mendiamkan diri.

Mohd Ghazali akhirnya akur dengan arahan Mohd Suhaily dan Saida berpeluang mencium tangan suaminya sebelum kembali semula ke tempat duduknya.

Prosiding mahkamah juga tidak berjalan dengan lancar selepas Mohd Ghazali beberapa kali menegaskan bahawa dia tidak mahu Saida membuat sebarang tuntutan terhadap hak jagaan empat anak dan harta mereka, atas dakwaan perceraian itu disebabkan oleh kecurangan wanita terbabit.

dipetik dari Mstar

Blog MIK; Menghormati keputusan suami Saidah yang tidak mahu menjadi Lelaki Dayus kerana kecurangan isterinya..! Isterinya berubah setelah menceburi dunia seni. Sehubungan dengan kisah suami yang tidak mahu dilabelkan sebagai seorang DAYUS, sila saksikan video klip dibawah ini, Lu Pikir Lah Sendiri....!!

5 comments:

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Mohon blog saya dilinkkan ke blog sdra.

Anonymous said...

biar hakim yg ceraikan, kalau laki dia yg ceraikan saida ada hak nak tuntut anak.

pegi mampos la dgn pompuan yg mcm ni......

Anonymous said...

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Anonymous said...

Mengikut hukum Islam, seseorang wanita yang meminta cerai terhadap suaminya tanpa sebarang sebab syarii, maka x akan cium bau syurga, harap Saida dimaklumkan hal ini oleh peguam dan hakimnya.wallahualam

Anonymous said...

dah x suke cerai je la, jodoh x panjang