LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

Full Version Video Seks Anwar OMEGA Klik SINI

JOM Singgah sat...

Monday, October 31, 2011

Panaasss..!! Ada Pemimpin UMNO Dibelakang Kerja Kerja Jahat Chegu Bard Untuk Menjatuhkan Rosmah Mansor....?

Memang sukar untuk kita percayai perkhabaran yang disampaikan kepada pengetahuan Blogger MIK ini.

Tetapi dalam kancah politik segalanya mungkin...! Siapa sangka Anwar Ibrahim yang dibela, dididik, diberi tunjuk ajar oleh Tun Mahathir selama 18 tahun akhirnya dipecat dari semua jawatan kerajaan dan juga jawatan Timbalan Presiden UMNO..?

Razaleigh Hamzah @ Ku Li yang pernah menentang Tun Mahathir pada pemilihan Presiden UMNO tahun 1987 akhirnya membubarkan Parti Semangat 46 dan kembali mendakap UMNO dan duduk diam sehingga ke hari ini.

Ezam Mohd Nor yang pernah menggadai nyawa jiwa dan raga kerana kasih sayangnya terhadap Anwar kini menjadi orang yang paling kuat menentang bekas boss dan idolanya itu...!

Iya, asasnya ialah dalam ‘istilah’ dunia politik, “ Friend can never remain as friend, and your enemy can later become friends..”

Malam kelmarin dihadapan rezeki sepinggan juadah makanan, seorang sahabat dengan lafaz “demi allah” beliau memaklumkan pernah diberitahu bahawa segala karenah adu dumba politik Chegu Bard menyerang tanpa henti Rosmah Mansor kerana mendapat “pembiayaan” dari pemimpin UMNO sendiri yang mahu melihat YAB Datuk Sri Najib sengsara dalam politik tanahair..

“Dulu Chegu Bard all out lanyak Najib dengan kisah Altantuya, siap buat buku lagi bro! Mana datang duit dia boleh buat buku, siapa sponsor..? “ soal sahabat itu kepada Blogger MIK.

Setuju..! Sudah pasti untuk menerbitkan jumlah bilangan buku memakan modal yang agak besar, tetapi tidak mustahil semuanya ditanggung oleh Anwar Ibrahim.

Tetapi setelah usaha mahu merobek robekkan nama baik Najib dilihat gagal kerana populariti PM lebih baik dari Anwar setelah pendedahan video seks China Doll, maka dilihat tumpuan serangan beralih kepada Rosmah Mansor.

Secepat kilat selepas terbongkar fitnah mengenai cincin RM24 juta Rosmah, muncul perkhabaran bahawa Chegu Bard melancarkan ‘risalah’ puluhan ribu naskah mengenai Rosmah...! Hebat tindakan Chegu Bard yang sentiasa mempunyai “kemampuan” untuk berbelanja sakan asalkan matlamatnya mahu merosakkan nama Rosmah dan Najib berjaya dilaksanakan.

Sekali lagi timbul persoalan dari manakah datangnya dana yang dibelanjakan oleh budak suruhan parti hakmilik Anwar, Azmin & Azizah ini..? Tidak mustahil juga datangnya dari poket Anwar...

Tetapi sahabat itu tetap menyatakan ada pemimpin UMNO dibelakang segala gerak langkah jahat Chegu Bard.. Beliau sendiri pada awalnya sukar untuk mempercayai apa yang didengarnya dihadapan salah seorang pegawai seorang Menteri kanan UMNO, sukar tetapi tidak mustahil untuk dipercayai berita ini..!!

5 comments:

Angry Bird said...

MIK,
Kao penyokong Najib ke? Jawab!

Anonymous said...

Tuan,
DS Najib kena bersihkan parti UMNO dari mereka yang bertopengkan ini. Jenis ini memang ada, tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan keuntungan peribadi. Kalau boleh Blok MIK dedahkan terus nama siapakah itu?

Semerah Cili! said...

MorNing!, Eleh setakat tulis 'demi allah' saper pun bley...bg bukti tgk? jgnlah melaga2kan pemimpin2 kita neh...ini bukan masanya..kita kena kuatkan jentera parti...

Anonymous said...

Hello BRO kita kena tengok benda nie ke arah positif, Senang cakap suruh aje Rosmah nie duduk diam2 macam isteri PM yang dulu2 udahlah nie kekadang mengalahkan PM pulak, Ada betul nya dia orng buat macam tu bukan apa dia orang sayang kan PARTI nak cakap macam meeting nak mampus, Meeting apa pun si rosmah nie ada. jadi senang cerita supply aje cerita kat pengbangkang habis cerita.

Anonymous said...

Orangnya adalah Khairy jamaluddin, dia memang bela bard dari zaman pak lah lagi, korang ingat lagi Bard sepatutnya saman KJ sebab menang secara tipu? kes tu kuat tapi KJ bayar Bard dan dari hari tu lagi dia sudah under payroll KJ, sebulan KJ bayar 10k. Anuar reform dan Nora semua bawah naungan KJ. mereka ni semua anti Najib dan Rosmah. Inilah gerakan sebenar yang mahu jatuhkan PM

Pejuang Insaniah