Wednesday, November 9, 2011

AMANAH Ditubuh Kerana Tiada Ruang Bersuara Dalam Kerajaan Najib....!

Beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan semasa UMNO tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.

"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam UMNO)," kata Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Menurut beliau, ruang itu ditutup kerana UMNO sekarang hanya bergantung kepada satu idea sahaja.

azlanBeliau memberi contoh, semasa Perhimpunan Agung UMNO, di mana, ahli-ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk mendedahkan perkara yang hendak dibangkitkan untuk diluluskan terlebih dahulu.

"Oleh itu, suara dari bawah tidak mendengar," kata Razaleigh yang juga adalah presiden Amanah.

Bagi Abdul Kadir pula, kumpulannya itu masih menaruh keyakinan dalam UMNO tetapi memilih ruang baru bagi menyuarakan pendapat mereka kepada orang ramai.

“Tidak ada ruang dalam parti (bagi perbezaan pendapat)," katanya.

Dakwanya, kebebasan menyuarakan pendapat yang berbeza wujud suatu ketika dulu dalam UMNO tetapi dilenyapkan semasa pentadbiran presiden keempat parti itu, Tun Hussein Onn.

"(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.

"(Sekarang) Perhimpunan Agung UMNO untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.

Amanah dilancarkan Julai lalu dan pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan dua minggu lalu.

Selain Razaleigh dan Abdul Kadir, turut serta pada sidang media itu adalah bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam.

Amanah juga dianggotai oleh timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun.

4 comments:

Anonymous said...

nampaknya ada pulak yg mahukan "Hak Bekas Pemimpin" dikaji.. amboi bagi betis nak peha, apa lg yg dimahukan kuasa pemutus? pengubal dasar? alangkan NGO pun diberi perhatian, media takda sekatan, ISA pun dimansuh dan banyak cabang Umno ditubuhkan semata mata nak bagi ruang demi transformasi politik dlm Umno. mungkin golongan ini sedar survival politik harini lebih memihak ORANG MUDA

Anonymous said...

Tak puas lagi ka nak bersuara. Dok diam sajalah. Buat amal ibadat. Masa anda sudah lepas. biar puak muda yang uruskan negara. Tak hancur negara aih..

Anonymous said...

alasan jer tu....

memang dasar dah takder jawatan tinggi dalam parti...mulalah nak mula bising balik dalam NGOs..

nak jadi bigboss jer...tak gitu?

tapi sedarlah biar bising dalam NGOs...dari bising tak sedar diri dalam parti...

tapi yg baik-baik jer..baguslah...

Anonymous said...

Persatuan Kuda Kuda Tua..... Masa mereka berkuasa dulu, lupa diri, malahan lebih teruk daripada pemimpin sekarang !!!.