Tuesday, November 8, 2011

Anwar Ibrahim Frust..! Gagal Mengurat Shahrizat 30 Tahun Dulu…..

Walaupun usia sudah hampir mencecah 60 tahun, namun Shahrizat tetap anggun…, apakah wajahnya mirip actress Bollywood ini 30 tahun yang lalu..?

Dalam isu National Feedlot Corporation [NFC], nampak begitu jelas sekali juak juak murahan PKR bersungguh sungguh mahu meranapkan kredibiliti Yb Senator Datuk Shahrizat Jalil , Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari persada politik tanahair...

Anwar Ibrahim menunggang Rafizi Ramli sebagai gurkha upahan pencacai tegar memikul tugas dengan baik sebagai tukang basuh berak Anwar...! Sasaran serangan PKR kali ini begitu khusyuk dan tawaduk menuju kepada Shahrizat, dan juga ahli keluarganya.

Inilah cara permainan politik kotor Anwar dan kuncu kuncunya, mereka suka kepada character assassinations, menyerang secara peribadi melibatkan ahli keluarga diheret sekali dalam war zone politik tanahair.

Apakah benar isu penyalahgunaan dana dalam mengendalikan projek mega RMK9 dimana NFC disifatkan bermasalah sepertimana dakwaan juak juak murahan PKR..?

Ataupun ada perkara yang tersembunyi disebalik serangan bertubi tubi ini..?

Setelah menyaksikan prestasi yang baik sumbangan gerak kerja Pergerakan Wanita UMNO yang begitu ofensif dan banyak membantu kemenangan calon BN pada Pilihanraya kecil [PRK] di Merlimau, Kerdau, Tenang, Galas, Hulu Selangor, Bagan Pinang maka juak juak murahan PKR merasakan inilah peluang terbaik untuk membunuh watak Shahrizat dalam kancah politik tanahair..?

Barangkali mungkin juga isu NFC didalangi oleh golongan usahawan bukan melayu yang cemburu dengan kejayaan bumiputera menjadi pembekal daging lembu terunggul dalam negara ini menerusi projek yang sedang diselenggarakan...?

Sepertimana janji sahabat Blogger GAP, akan ada pendedahan untuk membuktikan dakwaan juak juak murahan pencacai Anwar tidak tepat....

5 comments:

Anonymous said...

bro, jilat pada pada lah

dah pegi tgk NFC di gomeh tu ka?habuk taik lembu pun tarak

dah betul shahrizat kong kali kong, tembak la...kalau ko perangai macam ni, sama je lah dgn blogger pakatan

Anonymous said...

Sharizat ni....nak jadi menteri ke atau nak jadi TOWKEY DAGING!!! Takde sebab usahawan bukan bumiputra cemburu ke Sharizat kerana jadi pembekal daging. Rakyat tak marah kalau sharizat membekalkan daging-daging lembunya kepada pasaran tempatan untuk menafaat RAKYAT seluroh Malaysia. TETAPI ISUNYA SEKARANG SHARIZAT telah menyalah guna kuasa dan membekalkan daging2 tersebut kepada rangkaian kedai mewah dia sendiri. Tak faham ke? Apa beriya sangat blogger ini membela prestasi kerja Sharizat...ini bukan isu dia pandai kerja...ini isu dia SONGLAP DUIT RAKYAT yang diamanah kepada syarikat keluarganya dengan geran RM250 JUTA ITU. Itulah kes nya...kesah BEBAR. Orang kampung pun faham penipuan Sharizat ini...!!!!!

soffiya said...

apa ni bro, nak jilat berpada-2 juga la, ada ke kata wajah cun 60 thn itu iras-2 pelakon boliwood?

bagi projek pada kelurga menteri sah2 salah
kalau ada masalah camna nak selesai sebab mak menteri ada terjongok depan
ngokngek betoiii...

lambert tu lari mungkin tak tahan semua dok menadah mintak bagian
dari menteri sampai peon seme dok tadah tangan
banyak projek gomen hacus itulah sebabnya... masing2 nak pulun
modal ntah kemana untung toksah mimpi ler...

aku bajet projek ni tak capai matlamat sebab duit lunyai tengah jalan dingap oleh penyamun2 tarbus yg kita seme tau sapa dia...

kejap temder terbuka kejap tender terhad
noh omar ni memang jenis takleh pakai...

ikhlas
uner rendek naler.

Anonymous said...

abis la tok jat next pru ni.

Anonymous said...

bro, u nak jadi apa? jilat perasuah, penyangak rm 250 juta tu byk ooo kalau bg rakyat marhain luar bandar mcm kami sorang sekor, cukup 2 tahun lembu bertambah tak perlu impot / no fidlot = 28 juta ekor.