Tuesday, November 22, 2011

Astaghfirrullaah....! Ibadah Umrah Juga Mahu Dijadikan Fitnah Politik PKR....?

Semalam, Saifuddin Nasution bising tentang sejumlah wang yang telah dibelanjakan oleh NFC untuk Salleh Ismail, suami Sharizat Jalil dan Pengerusi Eksekutif melakukan ibadah umrah di Makkah. Katanya, duit umrah itu adalah DANA RAKYAT dan Salleh telah menyalahgunakan dana rakyat untuk kepentingan dirinya.

Setiausaha Agung PKR itu barangkali BUKANNYA SEORANG ISLAM yang sangat prihatin dengan Makkah dan Kaabah. Disebabkan itu, tidaklah dia faham maksud sebenar ibadah ziarah.

NFC merupakan pengeluar daging halal dan untuk jangka panjang, ia akan bertukar menjadi skala besar dengan golden share kerajaan di dalamnya. Arab Saudi merupakan pasaran halal terbesar memandangkan negara tersebut menerima kunjungan umat Islam paling ramai sepanjang tahun kerana Makkah, Madinah, Kaabah dan makam Rasulullah s.a.w.

Sebagai Pengerusi Eksekutif sebuah syarikat yang mendapat pinjaman bagi mengeluarkan daging halal untuk umat Islam, pastinya pasaran pertama yang akan diterokai adalah Arab Saudi. Dan untuk menggalas tugas tersebut, maka sejumlah peruntukan diperlukan memandangkan zaman sekarang, orang ke Makkah tidak lagi menunggang unta, berjalan kaki, berenang atau berlayar di lautan menumpang kapal.

Dan apabila sudah berada di Arab Saudi, sebagai seorang MANUSIA YANG BERIMAN dan KASIHKAN NABI-NYA, maka ibadah ziarah dilakukan. Selain daripada mencari keuntungan duniawi, alang-alang berada di negara yang menempatkan dua tanah suci, maka jalankanlah ibadah umrah.

Itu yang dilakukan oleh Salleh Ismail. Malah sesiapa sahaja yang beragama Islam dan mengaku beriman kepada Muhammad s.a.w. Salleh Ismail membuat promosi daging halal keluaran syarikatnya di Arab Saudi. Kesempatan berada di Arab Saudi menghantarnya untuk melakukan sekali ibadah ziarah.

Malangnya, Saifuddin Nasution terlalu buta untuk melihat hal itu. Kemunafikan yang membalut hatinya, amat keterlaluan sehinggakan orang yang mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah ziarah pun dikatakan sebagai menyeleweng DANA RAKYAT.

Saifuddin Nasution barangkali tidak pernah melihat contoh teladan seperti itu di sekelilingnya. Ketuanya, Anwar Ibrahim berulang kali ke Jeddah dan Riyadh, tetapi amat liat singgah ke Makkah.

Bahkan Anwar yang mengaku telah dua kali menunaikan Haji, langsung tidak mempunyai sebarang bukti untuk membuktikan kata-katanya, sekadar satu pengakuan yang seringkali dibuat oleh kaum Taslim, Bahai, Brawel dan Qadiani.

Salahkah seorang manusia seperti Salleh Ismail, dalam usaha menjual produk syarikatnya di Arab Saudi yang dibiayai oleh syarikatnya, mengambil kesempatan daripada ruang masa yang tersisa untuk melakukan ibadah umrah?

Setiausaha Agung PKR itu cuba menyamakan Salleh Ismail dengan Anwar Ibrahim!

Satu kesilapan yang menampakkan betapa MUNAFIKNYA seorang Setiausaha Agung PKR yang tidak mempunyai sebarang kecintaan BAHKAN BESAR KEMUNGKINAN TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA untuk melakukan ibadah ziarah sepanjang hidupnya!!!

Terserlah kejahatan kemunafikan dan kezindikannya itu sepertimana kaum Yahudi Zionis yang bukan sahaja merampas tanah kaum Palestin, bahkan mengusir dan membunuh mereka beramai-ramai. Saifuddin Nasution mendesak kerajaan agar membekukan aset dan operasi NFC untuk menunjukkan yang dia bercakap benar.

BAGAIMANA DENGAN 150 kakitangan NFC yang sedang bertugas sekarang di ladang fidlot di Gemas, Senawang, mahupun di tempat-tempat lain? Apakah Saifuddin Nasution mempunyai back-up plan untuk memperjuangkan dan memastikan kebajikan kaum keluarga 150 orang kakitangan NFC yang bukan sahaja kehilangan kerja, bahkan kehilangan mata pencarian ekoran pembekuan dan pemberhentian operasi NFC sebagaimana Kerajaan Negeri Selangor memberhentikan operasi Program Pertanian Untuk Komersial selepas 2 tahun beroperasi pada Februari 2010?

Mungkin ada baiknya, jikalau Saifuddin Nasution mengarahkan ahli-ahli PKR untuk mengenalpasti kakitangan NFC dan anggota-anggota keluarga mereka. Kumpulkan kesemua mereka dan bakar atau tanam mereka hidup-hidup kerana penderitaan itu jauh lebih kecil berbanding membiarkan mereka terseksa tanpa mata pencarian sebagaimana yang dirancangkan oleh otak syaitan Saifuddin Nasution!!!!

[TFK]

8 comments:

Sudir said...

Dah kantoi benda lain.. benda lain pulak dia nak jadikan isu.. Adehh penatla lembu tiga ekor nih.. Kasik korbankan je lah bagi jerung..

Anonymous said...

Mantap posting ini bro... teruskan menghentap pengkhianat melayu keturunan pendatang ini. Memang sial ni tak tahu diuntung.

Anonymous said...

Blogger MIK ..bro kata ibadah umrah PKR jdkan isu politik.., bagaimna pula crite TGNA nk tunaikan haji yg tuan2 jadikan isu bole pulak? Nila sikap double standard tuan2 semua..

Anonymous said...

Blogger MIK ..bro kata ibadah umrah tu PKR jdkan isu politik.., bagaimna pula crite TGNA nk tunaikan haji yg tuan2 jadikan isu dulu, bole pulak? mane yg betul ni?

Anonymous said...

Masalahnya dia guna duit untuk kerja kandang untuk dia menunaikan umrah. Kalau dia guna duit gaji dia sebagai senator dan menteri, lantak pilah dia nak pi umrah berapa kali pun. Kalau nak pi haji tanpa buat rukun hajipun aku kisah apa... asalkan jangan salah guna wang yang diperuntukkan.

Pakteh said...

Anon:

TGNA menjadi kontroversi kerana DITAJA oleh orang berkepentingan.
BAHASA kasarnya...RASUAH HAJI.
Seorang yang syarikatnya dapat projek dari kerajaan kelantan MENAJA Nik Aziz pergi tunai haji. Sudah pasti menjadi isu.

Kes NFC 100% berbeza. Kalau sapa2 pun berpeluang deal bisnes ATAU ada urusan di Arab Saudi....SUDAH PASTI akan merebut peluang untuk mengerjakan UMRAH.

Lagi satu.....kalaulah satu hari nanti NFC taja kakitangannya pegi Umrah...apa masalahnya?. Itu duit NFC....

Kalau GLC boleh juga dipertikaikan dari sudut duit rakyat. Atau memang baghal xreti nak bezakan masa GLC mana tidak?

Anonymous said...

Maaf Pak Teh..xbole ke gune bhs yg baik ketika buat ulasan..jgn terlalu emosional..sya bole gune bhs yg xelok ketika mbuat komen tp kite kena ingat BAHASA MNUNJUKKAN BANGSA..xtaula kalau Pak Teh ni dulu,kini dan selamanya bsifat mcm tu,,

Anonymous said...

Apa kata Pak Teh semua cuba minta projek RM250 juta macam kak jat dapat tu. Kalau dapat tolong maklumkan dalam paper. Kalau tak dapat tolong bising apasal kak jat dan famili boleh dapat sedangkan dia tak pernah jaga lembu... sedangkan akupun tak pernah jaga lembu jugak.