Saturday, November 19, 2011

Bijak Sungguh Anwar & Azmin...!! Mari Kita Kenali Siapa Digunakan Oleh Tewaskan Najib....

Kita jangan anggap serangan demi serangan, portal pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai kosong dan tidak bertujuan. Naive sangat kita kalau anggap begitu. Ini semua strategi dan susunan yang sangat rapi oleh Anwar dan Media Strategist-nya. Hebat. Memang teratur dan tersusun.

Apa strategi? Nak pastikan BN akan bersikap defensif dan senantiasa sahaja terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang teman, ada ’35 isu besar’ yang sedang digunapakai bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini.

Antara isu yang sedang digunapakai:-

  • NFC – Ia menjadi sasaran membalas dendam setelah NFCmemecat seorang kakitangan Cina (budak DAP) di dalam syarikat tersebut tahun lalu kerana salahlaku seleweng dana NFC. Semua data dan perincian mengenai projek NFC ada di tangan akauntan Cina ini.
  • Private Jet Zahid Hamidi – menurut sumber, benar Zahid menggunakan private jet. Dia juga mengakuinya. Katanya, milik orang lain – namun menurut sumber dalaman sejumlah RM400k dibayar untuk khidmat tersebut. Info ini diberitahu oleh orang Zahid sendiri – kononnya atas dasar bangga dan seronok kerana boss-nya mampu dan kaya. Plain bangang!
  • Kedai Rakyat 1Malaysia
  • Keuntungan berganda penjualan Science Park di Selangor (siapa untung? Satim atau Dr Khir..?
  • Isteri Noh Omar memiliki beberapa bidang tanah strategik di Shah Alam.
Ini semua baru sedikit. Di peringkat media strategist Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan dilambak secara berkala. Guna pendekatan – blitzkrieg. Lightning war. Cepat dan pastikan musuh penat bertahan.

Nampaknya setakat ini, taktik ini menampilkan kejayaan. Dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri buka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan; ianya akan memberikan banyak lagi modal untuk mereka menyerang kerajaan.

Katanya, fokus seterusnya adalah Pulau Pinang dan Kedah. Banyak juga isu, khususnya yang melibatkan Mahdzir Khalid dan konco-konconya seperti Ali Yahya dan Rawi (Langkawi). Banyak data sedang dikumpul dan akan dilambak menjelang pilihanraya.

Anwar yang mahukan blitzkrieg ini dijayakan bagi menutup sedikit isu moral yang sedang beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat sekarang ni. Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang luar dan dalam UMNO. Bahaya….

Kita semua kena hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain. Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan kepada dis-credit Anwar sama sekali. Memang sudah terjadi tetapi gelombang ini belum cukup kuat. [Gelagat Anwar]

2 comments:

anak jati johor said...

tapi aku rasa yang akan kena balik adalah al juburi & the gang...dia sendiri akan buka pekung didada...tak percaya tunggu!!!!!! Allah maha adil kepada pemimpin yang tidak menindas rakyat..."The more you gift the more you get" (LOA)

Anonymous said...

Attack mereka sungguh2. Bukak kan semua kekayaan dan kemewahan mereka semua. Ualang tayang berkali-kali.

Kalau ada baki video lucah ketua umum, buat tayangan perdana secara berkala.

Londehkan kebangsatan mereka memerangi bangsa Melayu. Sebenarnya oang PKR dia orang ni perasan macam bagus je.

Cemburu dan dendam kesumat tak sudah. Kalau orang Melayu kaya-kaya apa salahnya. Bukan curi harta benda diaorang pun.

Yang Anwar anak beranak simpan duit juta-juta dia orang dapat berapa sen? Projek kandang babi mega kat selangor apa cerita?