Sunday, November 27, 2011

Catriona Ross Dah Jadi Ustazah PAS Kota Damansara....

Catriona Ross Baharin berkata, ada rakan-rakan yang berasal dari sekolah dan kampung yang sama hilang dari sisinya ekoran perubahan yang berlaku kepada dirinya.

Menurutnya, mungkin rakan-rakan yang `hilang’ itu merasa segan dengan perubahan dirinya yang tidak sesuai dengan mereka dari segi berpakaian, pemikiran dan percakapan.

“Saya maafkan mereka,” ujarnya pada Forum Dhuha yang diadakan di Surau al-Hidayah, Seksyen 7, Kota Damansara pagi tadi. Turut menjadi panel ialah Ustaz Yusof Embong.

Meskipun begitu, beliau merasakan perubahan yang berlaku kepadanya sekarang disukai ramai manusia.

Justeru, artis kelahiran Kelantan itu merasa lebih selesa dan sangat bahagia dengan suasana yang dilalui kini.

“Saya sangat-sangat bahagia sekarang, tak sesibuk dulu, saya tak sesibuk dulu, saya tak shooting sekarang,” ujarnya lagi.

Katanya, situasi yang dilalui itu dapat memberi peluang kepada orang ramai supaya memahami perubahan yang berlaku kepadanya.

Sehubungan itu, ujarnya ada di kalangan masyarakat yang menggelarnya ustazah dan beliau berdoa agar dapat menjadi pendidik selaras dengan gelaran itu.

Catriona juga merasa lebih selesa dengan memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta.

Baginya, perubahan yang berlaku kepadanya itu telah mengembalikan beliau kepada fitrah manusia.

“Saya bersyukur kepada Allah, hidup saya berubah dalam sekelip mata,” katanya.

Beliau menambah, apa yang berlaku itu juga telah mengangkat darjat dirinya dan memberi kekuatan bagi menjalani kehidupan sekarang.

7 comments:

Anonymous said...

Biarkanlah dia dan bersyukur dgn perubahan tersebut.

Cuma diharapkan dia tidak menjadi Bob Longkang dan Ali Setan yg asyik nak menyalahkan kerajaan terutama UMNO!

Kalau dia buat macam tu kita londehkan semua rahsia dia dan serang balik habis-habisan!

Anonymous said...

Bila ada saja hamba Allah yang sebelum ini jauh dengan syiar Islam dan kemudiannya berhijrah ke arah keislaman yang syumul, mereka puak-puan yang jadi pencacai dah tak sedap duduk, dah kepanasan,,, maka dibuat tuduhan yang kononya hamba Allah tu dah jadi Ustazah PAS...

Jadi dengan secara tak langsung kita boleh lihat, UMNO ni risau kalau umat melayu balik ke arah Islam,, sebab nanti mereka sokong PAS tinggal UMNO....

GotYou! said...

Bukan takut umat Melayu balik ke arah Islam... cuma bimbang 'diperalatkan' dengan topeng Islam untuk memecahbelahkan lagi umat Islam.

Jika benar sudah kembali ke pangkal jalan...alhamdulillah.

fames said...

ni kes nak cari makan juga. dah puas buat duit dan sekarang dah tak laku, tukar haluan pula. buat duit sebelah sana pula.

kalau nak banyak lagi buat duit, masuk pas. gerenti lagi masyuk. dihalalkan pula hentam orang lain.

memang bagus kita bertukar ke jalan kebaikan. tapi tak payah bising-bising lah.

as usual, bagi puak pas, kalau sebelum ni dok asyik kutuk, tapi bila dah jadi satu geng, puji macam nak rak.

Anonymous said...

Yang nak banyak masyuk tu sertai pas ke umno..setau saya yg masuk umno paling banyak masyukkkk...sb paling mudahkalau tak ade habuan org tak akan masuk umno..

Anonymous said...

Alhamdulillah..3x
biarkan org mengata mcm2 pd kita.

Anonymous said...

natang !!!!! UMNO GILER BABI , SAPE YG SOKONG MEMANG ANAK SETANLAA