Tuesday, November 22, 2011

Datuk Seri Najib Takut...??

“Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada UMNO BN dalam PRU 13 akan datang,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, kebimbangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

“Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Najib sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda kerana mereka menganggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja.

Sepatutnya, kata beliau Najib tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat.

Tegasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka kerana orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran.

“Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog,” katanya lagi.

Menurutnya, walau pun UMNO BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi.

Ini, katanya kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru.

Ini, ujarnya dapat dilihat diruang komen di dalam portal berita Malaysiakini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN.

“Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN,” ujarnya.

9 comments:

Anonymous said...

malaysia kini haprak, tak boleh jadi ukuran

Anonymous said...

salah sebenarnya... puak bn tak kan komen dlm blog pembangkang spt malaysia kini dan apa lancau shj. jgn risau datuk najib, sy suka mengomen dlm ruang pembangkang tapi sekadar nak pancing umpan.

Anonymous said...

Kau tak tahu ke bahawa PM kita tu adalah satu-satunya manusia yang digelar 'Bugis paling bacul di Malaysia'? Samalah macam pesilat Indonesia yang menang emas dengan hanya berlari-lari mengelak lawan di sekitar gelanggang dan melanggar peraturan.

Anonymous said...

Polulariti dia sedang mengatasi LGE, DSAI dan Tuan Guru. Itu UIA yg buat kaji selidik dgn fakta yg jelas lagi telus

Semerah Cili! said...

KJ neh teloQ dia da kena Ikat..so, nak cakap pa lagi? cakap banyak skit lagi kuat ikatan kat teloq....hahaha..tercepiiitttt!!!!!!!!!!!!!!!!!

Semerah Cili! said...

KJ neh teloQ dia da kena Ikat..so, nak cakap pa lagi? cakap banyak skit lagi kuat ikatan kat teloq....hahaha..tercepiiitttt!!!!!!!!!!!!!!!!!

fames said...

tahap pemimpin pas dah memang macam ni, tak boleh buat apa dah. sebab tu, senang saja jadi tunggangan dap.

to anon 23 nov, yang paling bacul adalah anwar al-juburil (mat sabu cakap). ada ka patut jam omega dia simpan dalam kain jijah. ada ka patut dia lari keluar dewan macam pelesit pasal tak boleh jawab isu 16 september.

Anonymous said...

Kamu salah fames, Najib memang paling bacul di Malaysia... 1Malaysia dah tahu, 1UMNO pun tahu, 1MCA, 1MIC dan seluruh komponen BN tahu. Yang tak tahu adalah yang buat-buat tak percaya je... masih tak percaya... cuba kau pi tanya bini dia.

OMEGA Taiwan yang dibeli sendiri oleh Eskay yang nak dijadikan bukti? Kalau benar-benar bukti apasal polis tak ambil jam tu jadi bahan bukti. Melainkan jam itu didaftarkan atas nama yang tak munasabah.

Kau ingat macam jam kau ke beli di pasar malam? Harapkan tokey gerai untuk cam kau?

Anonymous said...

Najib bukan takat bacul malah merupakan lelaki dayus, kalau dia tak bacul dan dayus masakan dia boleh benarkan isterinya tidak menutup aurat di khalayak ramai? Lebih-lebih sejak balik haji, yang sepatutnya lebih warak dan zuhud, namun keadaan sebaliknya berlaku, maka bertambah dayuslah lelaki yang bernama Najib tu.

Itu tidak kira lagi dengan betapa penakutnya dia untuk berdebat secara berdepan.