Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Friday, November 4, 2011

Elizabeth Wong KANTOI Lagi...!! Saksikan Bukti Bukti Yang Didedahkan Ini...

GAMBAR HIASAN SAHAJA

Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realiti , ‘The Challenger Muay Thai’ yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Demikianlah petikan respon yang diberikan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang cuba sedaya upaya menepis penglibatan kerajaan Khalid Gagap dalam isu peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai satu pertandingan dinegara ini.

Dibawah ini, disajikan bukti sahih penglibatan kerajaan Negeri Selangor yang membelanjakan Wang Rakyat Selangor sebanyak RM5 Juta untuk program yang melibatkan penyertaan peninju Israel, Ilya Grad. Iya, WANG RAKYAT Selangor sebesar RM5,000,000.00...!!!

Sebagai Exco, Elizabeth adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, dimana Tourism Selangor Sdn Bhd berada dibawah portfolio tersebut.

Tersangat mustahil sekiranya pihak Kerajaan Negeri Selangor menyatakan tidak tahu menahu mengenai penyertaan peninju dari Israel akan hadir, memandangkan tajaan RM5 Juta telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Disember 2009 lagi dan surat diatas dikeluarkan pada 3 Disember 2009...

10 comments:

C L J said...

ADA KAITAN YANG RAPAT BENARKAH ANTARA PUAK PUAK TUUUU

Anonymous said...

mana pi khalid gereja dan alustaz rani nie..tidog ka

usin said...

bila dh terdedah masing2 mula nk tuding jari. eleh, sebenarnya shabery cheek & eli wong tau awal2 lg atlit israel tu akan dtg. bila dh terdedah masing2 nk sorok kepala. munasabah ke menteri pusat tak tau sapa yg di jemput dtg. juga munasabah ke exco mcm eli wong tak tau sapa nk dtg? pd aku knp nk bising2 pasal atlit tu. dia dtg sini sebagai ahli sukan, bukan politik. pada aku, yg jahat, dajal, syaitan adalah doktrin zionis, bukan yahudi. yahudi sama sahaja nilainya dgn kristian, buddha, hindu dsb yg ada di sekeliling Islam. kalau kita mengatakan yahudi menentang Islam, sejak bila agama2 lain tu bersetuju dg Islam? kita kena faham utk membezakan yahudi & zionis. dlm kes zionis, berjuta yahudi yg ada di iran malah israel sendiri menentang zionis sebagai doktrin jahat, kotor dan rasist tahap gila babi. kita beria2 menentang munculnya seorg individu yahudi sedangkan saudara2 kita di palestin & tanah arab hari2 bercakap dan berurusan dgn org yahudi. Islam palestin yg bekerja di israel juga berlambak2. kita patut membantu saudara kita di palestin kerana kesengsaraannya. adakah bila kita sekat seorg individu yahudi israel dtg ke negara kita bermakna kita telah membantu palestin? adakah kita pernah menyekat kemasukan yahudi2 zionis dari negara lain spt amerika, rusia dll yg bukan israel? fikir2kanlah. sekadar pandangan, tidak dipaksa utk bersetuju...

Anonymous said...

x Nampak pun elizabeth yg kantoi dlm gambar nmpk muka mulut buih je yg sibuk nk tinju gak tp tertinju muka BNnGOK.
sniper7

Anonymous said...

bodoh puak2 ni, camni takleh pikir..setiap pelawat/pelancong yg masuk ke negara ni kan mesti melalui imigresen.,pikir lah logik..siapa yang ada kuasa untuk arahkan imigresen untuk lepaskan dia? semudah abc. budak tadika leh jumpa jawapan.

Anonymous said...

Budaya fitnah yang kian berleluasa di Malaysia akan hancurkan masa depan negara! Berpandangan jauhlah demi rakyat! Hentikan cara berpolitik yang negatif ini, insaflah UMNO!

Anonymous said...

kenapa asal sebut orang israel maka berteraburlah ketraumaan dan ketakutan orang malaysia ??

apakah semua orang israel itu jahat ! apakah semua orang israel itu perut babi?

kenapa kita tdk pandai membezakan antara doktrin zionis , negara israel dan rakyat berketurunan israel?
apakah setuju kalau disebut semua orang lamaysia itu baik ?? tak ada Gay tak ada peliwat ? dan apakah semua orang malaysia itu jahat?

orang Malaysia terutama bangsa Melayu berfikiran dangkal dan singkat , mereka ketakutan pada nama Israel , tapi mereka tak sedar bahawa mereka lebih yahudi dari yahudi ! mengaku islam tapi perangai ???

orang melayu tak mampu membezakan antara yahudi dan israel , antara doktrin politik yahudi zionis dan rakyat israel ,

orang melayu sering ketakutan tdk bersebab , kenapa ???

Anonymous said...

lambang betapa orang malaysia [melayu] itu ramai yg berfikiran singkat , orang melayu lebih suka bercakap dengan emosi bukan dengan akal yg waras .

orang palestin , hari2 kerja di Israel , berurusan dnegan orang israel !
menteri Iran ada yg berketurunan yahudi !malah kabinet Iran ada satu unit khas utk kebajikan dan urusan rakyat Iran bangsa Yahudi .

cubalah berfikiran waras sikit , buka minda dan buka akal , jgn melalut dan mengelabah tak tentu pasal , asal sebut nama israel melatah tak sudah !

kena faham antara doktrin yahudi dan rakyat israel , yang salah itu doktrin yahudi yang menguasai negara israel , ramai rakyat Israel yg tak setuju dgn doktrin yahudi , ramai rakyat Israel yg baik dan berperangai sebagai manusia !

maksudnya , orang melayu mash ditakuk lama , masih berfikiran kuno , pradigma fikiran orang melayu tak berubah ,

Anonymous said...

aku memang setuju dengan pendapat usin, sikit2 nak pulau yahudi, tapi jari jemari dok ketik barang yahudi..ate ngape tak tulis pakai buku.? idak ke deme ni hipokrit tahap gaban name nye..eei..geli ketiak teman dengor.

Anonymous said...

BN tak ada modal..kes NFC tak selesai..haha- Asal Bukan UmNo