Friday, November 18, 2011

Kesian Rafizi Ramli....., KESIAAANNN....!!

Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.
"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu."
"Masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini pembangkang mendakwa, syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Berita Harian Online

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang pengerusi boleh komen memanglah terbaik.....hakikinya telah berlaku penyelengwengan.Rakyat bukannya bodoh dengan ulasan diperbodohkan begitu.SPRM wajar campurtangan..nak berniaga lembu berniagalah dan apake jadahnya dengan beli kondo lainlah kalau dan cipta untung..Dahla tu tak malu berniaga takde duit pakai duit rakyat...sungguh tak paham...Humban je orang macam ni masuk jel

Anonymous said...

Salam Admin, kenapa tak bagi geran kepada mangsa rumah terbengkalai macam saya. At least saya boleh beli condo Dan buat sewaan. Banyak lagi rakyat teraniaya yg boleh di tolong?

Anonymous said...

Bro. kalau pelaburan mbeli hartanah lebih mguntungkan bbanding ptanian o pternakan, mgapa PFN mlabur dlm pternakan lembu..bknkah itu tidak bijak namanya..statement cmni la yg akan mrosakkan bn..lg satu spe keluarkan statement bodoh cmni..siapa Salleh tu?